Tuesday 5 May 2015

Insiden Menurunkan Salib Di Taman Medan PJ: Fahami Perlembagaan Persekutuan Perkara 11- PKS


Oleh: Darrel Mat Salong



THOMAS ANGGAN- Presiden PKS

KENINGAU: Presiden Parti Kebangsaan Sabah (PKS) Thomas Anggan (gambar), yakin dan percaya bahawa semua rakyat dinegara ini telah memahami Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 mengenai kebebasan beragama dan sepatutnya ianya perlu dihormati.


Oleh itu, kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada kelmarin (Rabu) bahawa rakyat mestilah mematuhi undang-undang negara dan menghormati amalan beragama, merupakan suatu tamparan kepada mereka yang terlalu fanatik kepada agama.

“PKS amat setuju dengan kenyataan Perdana Menteri berhubung perkara ini...dan kita mohon pihak terbabit agar menghentikan perlakuan tersebut dengan serta merta kerana tidak ada untungnya dalam sesebuah negara berbilang kaum dan agama khususnya diMalaysia.

“Malahan, negara telah mengalami detik sejarah hitam 13 Mei tahun 1969 kerana sikap tidak bertoleransi dan tidak menghormati sensiviti kaum dan agama sehingga tercetus pergaduhan kaum dimana ianya hampir hampir melumpuhkan pentadbiran negara.

“Mungkin lebih ramai rakyat kita yang tidak bersetuju jikalau selepas kemerdekaan yang kita bina lebih 50 tahun lalu tetapi ia dihancurkan dalam beberapa ketika kerana sikap rasis yang melampau,” katanya kepada pemberita disini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden kontroversi diTaman Medan pada Ahad lalu, dimana kira-kira 50 orang berkumpul di luar sebuah gereja baharu menuntut lambang salib yang dilekatkan di luar bangunan itu diturunkan.

Difahamkan, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Zainun Zakaria berkata unit tepi rumah kedai yang dijadikan gereja itu tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai rumah ibadat mengikut Akta 133 Seksyen 70 (12).

Bagaimana pun, Thomas mencelah bahawa Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, tiap tiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuh dan menyenggara yayasan bagi maksud ugama atau khairat; memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang undang.

“Saya bingung malah tidak ada dalam fikiran, sama ada kita memerlukan lesen untuk sembayang... saya tidak fikir begitu? Ibadat boleh dilakukan di setiap rumah, di setiap kedai di kawasan komersial....sesiapa juga tidak perlu kebenaran khusus untuk itu.

“Mereka yang mempunyai kedai ada altar di premis mereka, dan bersembayang di situ... adakah ini bermakna mereka memerlukan lesen untuk berbuat demikian,” katanya.

Bagaimana pun, rakyat diwilayah Borneo khususnya diSabah dan Sarawak agak bernasib baik kerana tidak memiliki sifat sifat sedemikian sepertimana berlaku di Semenanjong dimana amalan muhibbah, tolerasi dan sikap hormat menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira kaum dan agama telah diamalkan sejak dizaman kolonial lagi.

“ Pemimpin dan rakyat diSemenanjong perlu belajar dan memahami amalan adat senibudaya termasuk permuafakatan segenap lapisan rakyatnya diWilayah Borneo Sabah dan Sarawak...maka barulah mereka faham erti sebenar konsep 1Malaysia,” tegas Anggan. 

No comments:

Post a Comment