Wednesday 6 May 2015

Jamawi : Ubah Prepasi Terhadap Sekolah Aliran Agama



PERIKSA PERBAIRSAN...Jamawi memeriksa perbarisan unit berpakaian seragam pasukan pengakap sekolah tersebut sejurus tiba untuk merasmikan program tersebut

KENINGAU : Masyarakat khususnya ibubapa perlu  mengubah  prepapsi yang membandingkan pelajar aliran agama  tidak memiliki prospek terutamanya dalam bidang kerjaya berbading dengan pelajar dalam aliran sains dan sastera.


Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata, pelajar sekolah agama sememangnya mengambil aliran agama tapi bukan 100 peratus menumpukan perhatian pada subjek agaa, sebaliknya ada juga mata pelajaran lain seperti Geografi, Sains dan Matematik.

Katanya pelajar yang menuntut di sekolah agama tidak seperti sekolah agama sebelum ini dimana sekolah agama kebangsaan sudah diselaraskan silibusnya mengikut silibus kebangsaan.

“Kebanyakan sekolah agama yang sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab turut menawarkan subjek seperti sekolah menengah harian” katanya ketika berucap merasmikan majlis Ihtifal Kecermalangan  sekolah Agama Keningau kelmarin.


AMANAT....Jamawi ketika berucap merasmikan majlis tersebut

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom banyak institusi turut ditubuhkan bagi menampung pertambahan pelajar aliran agama dan universiti yang khusus untuk pelajar dalam aliran ini.

“Selain pengajian dalam bidang agama, turut ditawarkan pengajian dala bidang perundangan, perubatan ,pendidikan dan lain lain di beberapa buah Unversiti tempatan dan luar Negara dan ini jelas tanggapan kehidupan pelajar sekolah agaa akan berakhir sebagai usatz atau ustazah sudah tidak relevan” katanya.

Jamawi menambah ibubapa dan, masyarakat perlu diberi lebih banyak maklumat mengenai sekolah aliran agama supaya mereka tidak lagi memandang serong potensi pelajar aliran itu.


SOKONGAN..Antara ibubapa dan para pelajar yang hadir ke majlis tersebut

Jamawi turut mengakui pelajar aliran ini mempunyai banyak kelebihan antara penguasaan bahasa,dan tuliasan arab selain menguasai bahasa Melayu dan Inggeris.

"Ditambah dengan elemen pengukuhan kemahiran serta jati diri, prospek masa depan mereka juga cerah serta laku di pasaran industri," katanya.

Sehubungan dengan itu Jamawi berharap pelajar aliran Agama perlu memiliki sikap yang positif apabila ibubapa mereka menghantar mereka belajar di sekolah aliran agama selain itu mereka juga perlu memiliki semangat juang tinggi dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum standing dengan pelajar dalam aliran lain.

"Kini, bilangan pencapaian pelajar dalam sekolah agama melebihi sasaran dengan peningkatan berkali ganda manakala pelajar aliran agama yang mengikuti jurusan profesional juga terus meningkat.” Katanya.

No comments:

Post a Comment