Monday 18 May 2015

Jangan buat andaian sendiri biar pucuk pimpinan selesaikan isu, kata Nasir Sakaran


Oleh: Arshad Hussin

SURAT TAWARAN...Nasir (dua kiri) diringi Gulam Rasul (kiri)menyampaikan Surat Tawaran Peojek kepada Puan Rokiah Tampi(kanan) sempena majlis itu di Pejabat Majlis Daerah Semporna.

SEMPORNA: Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menyarankan ahli-ahli UMNO tidak membuat  pelbagai andaian berhubung  pelbagai isu  yang kini melanda kepimpinan Negara sebaliknya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan menyelesaikan masalah berkenaan.


Katanya,rakyat di peringkat akar umbi tidak seharusnya membuat rumusan sendiri  serta turut menyebarkan pelbagai fitnah melalui halaman sosial.

Nasir berkata,kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan seandainya kita turut membuat andaian sudah tentu ianya akan menjadi fitnah serta mengeruhkan lagi keadaan sedangkan kita sendiri tidak tahu pucuk pangkal isu tersebut.

Katanya,sebagai ahi parti,kita hendaklah sentiasa menzahirkan ketaatan serta kesetiaan kepada parti dan pucuk kepimpinan tanpa terikut-ikut membuat spekulasi yang boleh merosakkan perpaduan di kalangan ahli dan rakyat.

Ujarnya menambah,biarlah pucuk kepimpinan yang menyelesaikan masalah berkenaan kerana mereka lebih arif mengenai duduk perkara sebenar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pembelian hartanah oleh pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1Malaysia Development Berhad sempena majlis penyampaian Surat Tawaran Projek-Projek Kecil peruntukan Adun Senallang 2015 di Pejabat MDS di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Penolong Pegawai Daerah Semporna ,Gulam  Rasul Hapil; Ketua Daerah,OKK Haji Musa Sabaani;Penolong Pegawai Pembangunan Daerah(ADDO),Abdullah Sukka; Setiausaha Bahagian UMNO Semporna,Abd.Rashid Mamun; Pegawai Khas kepada Pengerusi Sedco,Tahir Amir serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Sempena majlis itu Nasir menyampaikan Surat Tawaran Projek kepada 200 orang ketua-ketua Kampung,Ketua Cawangan dan pemimpin masyarakat DUN Senallang.

Berhubung isu keselamatan di daerah itu,Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senallang, mengucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan yang selama ini bertungkus lumus memastikan keselamatan daerah itu.

“ kita yakin kepada kemampuan anggota keselamatan kita mengawal keadaan keselamatan di sini dan ianya juga telah memberi keyakinan kepada rakyat khususnya kaum nelayan bergerak bebas tanpa ragu-ragu mencari nafkah di tengah laut,” kata Nasir.

Sehubungan itu,Nasir  mengajak rakyat bersyukur dengan keadaan Negara yang aman makmur dan selamat di bawah kepimpinan Perdana Menteri ,Dato Seri Mohd Najib Razak yang berkerja keras memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan yang selamat disamping menikmati tahap ekonomi yang mapan berbanding Negara lain di dunia.

No comments:

Post a Comment