Friday 22 May 2015

Kaamatan Peladang Kota Belud


Musbah (dua kanan)  merakamkan gambar bersama Unduk Ngadau Kanak-Kanak PPK KB, Risha Marisa Loinsing(tengah) Emily Estonella Ann Jamesson(kiri) velery Natalia Rosley dan Ajk Penganjur yang lain 

KOTA BELUD:  Persatuan Peladang Kawasan di sini, digesa supaya melipat gandakan usaha  untuk meningkatkan  hasil pengeluaran padi petani setiap musim.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, kementeriannya ingin  melihat secara menyeluruh mekanisme jangka  panjang bagi melaksanakan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di daerah itu.


“Langkah-langkah yang diambil bagi melaksanakan NKRA  itu antaranya, seluas 5,000 hakter dalam kawasan jelapang padi Negara disini, akan diusahakan secara intensfi  pada awal musim tahun ini.

“Sehubungan itu, saya berharap  kerjasama yang sedia wujud  dari semua pihak itu sama ada Peladang, Petani, Iada, kakitangan kerajaan, Ngo dan masyarkat setempat disini, dapat menuruskan hubungan silaturahim dan perpaduan seperti yang kita perlihatkan sesama Pesta Kaamatan ini.”katanya

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan perayaan Pesta Kaamatan Persatuan Peladang Kawasan, Kota Belud, bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Tempasuk Dua, di sini pada Sabtu, lepas

Turut hadir Adun Kadamaian Jeremmy Malajad@Ukoh, wakil Persatuan Peladang Negeri, Datuk Jorge Sankin, kakitangan kerajaan negeri dan persekutan dan semua ahli lembaga jemaah PPK Kota Belud dan masyarat penduduk Kg Tempasuk Dua.

Menyentuh  mengenai pesta kaamatan, Musbah berkata, beliau melahirkan rasa gembiranya kerana pasta kaamatan kini dapat diraikan oleh semua peringkat dan berharap perayaan seumpama itu dapat meningkatkan lagi hubungan silaturahin dan perpaduan yung sedia wujud

Pelbagai acara permentasan diadakan pada majlis itu termasuklah Unduk Ngadau Kanak-Kanak Persatuan Peladang Kawasan Kota Belud 2015 dan pelbagai hadiah menarik diberikan kepada pengunjung yang bertuah.

No comments:

Post a Comment