Friday 22 May 2015

Kanak Kanak Mangsa Kebakaran Di Jln Mikik Kampung Nagapas Terima Bantuan Peralatan Sekolah



RIANG…Kanak-kanak yang terlibat menerima bantuan peralatan sekolah dari Rosnah semasa kunjungan tersebut

PAPAR: Nasip  empat keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah di  jalan Mikik Kampung Nagapas Papar minggu lepas mendapat perhatian dari Timbalan Menteri  Kerja Raya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


Sebelum ini beliau telah pun menziarahi keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut dimana selain menzahirkan rasa simpati Rosnah turut menyampaikan bantuan  bagi meringankan beban keluarga yang terlibat dalam musibah tersebut.

Kebakaran yang berlaku pada  tengah malam (selasa) minggu lepas telah memusnahkan tiga buah rumah dan melibatkan empat keluarga bagaimanapun tiada kemalangan nyawa yang dilaporkan.

Menurut Rosnah sebelum ini bantuan awal telahpun disalurkan kepada keluarga yang terlibat yang berupa keperluan asas makanan dan juga pakaian dimana Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am turut  menyediakan bantuan sewajarnya kepada ahli keluarga yang terlibat.

Pada ahad lepas Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar yang disertai oleh Pergerakan Puteri Umno Bahagian Papar yang diketuai oleh Ketuanya Fahzean Mohiddin sekali lagi  menemuai keluarga terlibat di kampong berkenaan dimana kali ini kunjungan tersebut adalah untuk  menyampaikan bantuan peralatan sekolah seperti beg sekolah, pakaian sekolah, kasut dan lainlain  kepada anak-anak yang terlibat dalam kebakaran tersebut dimana seramai 13 orang kanak-kanak yang kelengkapan persekolahan mereka musnah dalam kebakaran tersebut.

“Kali ini kunjungan saya bersama Pergerakan Puteri Umno bahagian Papar adalah untuk menyampaikan bantuan kelengkapan sekolah kepada kanak-kanak yang terlibat dengan harapan mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka tanpa sebarang gangguan” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan tersebut di Kampung Nagapas ahad lepas.


No comments:

Post a Comment