Friday 22 May 2015

Keberkesanan ESSCOM dipertikai: Hanya wang tebusan jamin keselamatan?




GAGAL....setelah beberapa kali insisden penculikan di Sabah, kerajaan masih gagal menanganinya malah para penculik kian ketagih menjadikan Sabah sebagai perniagaan baru skim cepat kaya melalui perniagaan 'penculikan'.



Kedaulatan Sabah sebagai rakan kongsi yang banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia terus tidak menentu selepas berlakunya beberapa insiden penculikan  dan yang terkini melibatkan penculikan bersenjata di Sandakan. Ia sekaligus mencemarkan nama negara dan pasukan ESSCOM yang sepatutnya mengekang insiden tersebut.

“Pengarah ESSCOM telah ditukar pada Julai tahun lalu. Kita harapkan ada kesan positif. Namun masih ada kes penculikan. 


“Tetapi jika kita hanya menyalahkan sahaja, ia tetap tak selesaikan masalah. Cara terbaik untuk kembalikan semula keamanan, keselamatan dan keyakinan rakyat adalah, pihak ESSCOM perlu mampu menyelamatkan mangsa tanpa membayar sesen pun wang tebusan dan dapat menumpaskan seluruh anggota penculik atau pengganas ini.

“Jika ESSCOM tak boleh lalukan tugas mereka untuk lindungi Sabah, apa yang diperuntukan kerajaan sia-sia. Saya minta pengarah baru ESSCOM buktikan bahawa pasukannya boleh lindungi Sabah.

Beliau merujuk kepada beberapa kes wang tebusan  seperti kes penculikan pelancong China pada May 2014 di Singamata Adventures dan Reef Resort, di Semporna dan pembunuhan seorang anggota Marin Koperal Ab Rajah Jamuan serta penculikan seorang Lans Koperal, Zakiah Aliep yang diculik kumpulan bersenjata di sebuah resort di Pulau MabulJulai 2014 dan beberapa lagi insiden  lagi dilaporkan sebelum penculikan di Sandakan. 

“Dalam beberapa kes yang dilaporkan, penculik minta wang tebusan sebelum bebaskan mangsa. Selepas wang tebusan dibayar, mangsa dibebaskan. 

“Jika perkara sebegini berterusan, kita seolah-olah cuma perlu sediakan wang tebusan sahaja. Jadi, ESSCOM perlu tunjukkan kebolehan mereka bukan hanya dengan menambah peralatan, mereka perlu tumpaskan seluruh rangkaian penculikan yang berlaku di Sabah ” katanya.

Dengan insiden penculikan yang terus berlaku di Sabah ia memberi isyarat kepada rakyat Sabah seolah-olah tiada jaminan keselamatan untuk mereka.

Selepas pencerobohan Lahad Datu, kerajaan telah tubuhkan pasukan ESSCOM dengan peruntukan sebanyak hampir RM700 juta yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pantai timur Sabah. Bagaimana pun kata Jimmy, kumpulan penculik seperti tidak takutkan pasukan keselamatan. ESSCOM perlu lakukan sesuatu.”

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz tahun lalu bahawa Sabah masih belum selamat merujuk kepada dua insiden penculikan yang berlaku merujuk kepada perintah berkurung  yang dikuatkuasakan.

Jimmy yang juga Pengerusi DAP Sabah kemudian mempersoalkan keberkesanan operasi  penangkapan warga asing tanpa izin yang dilakukan ESSCOM dengan meminta pihak terbabit mengesahkan jumlah bilangan PATI yang telah dihantar pulang ke negara asal.

“Setelah ESSCOM ditubuhkan kita nak tahu berapa yang telah dihantar pulang, berapa yang telah di ambil tindakan.

Cadangan Penyelesaian

Untuk memulihkan keselamatan dan keyakinan rakyat. ESSCOM perlu buktikan dengan menumpaskan seluruh rangkaian penculikan tanpa melibatkan wang tebusan kata Jimmy.

Selain itu ialah dengan melantik sebuah badan bebas menilai keberkesanan ESSCOM demi menjamin keberkesanan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap pasukan keselamatan.

“Kita kena pastikan tidak wujud salah guna kuasa dalam ESSCOM hingga jejaskan prestasi mereka. Jangan hanya tambah pegawai sahaja tetapi apa yang rakyat mahu ialah kualiti tugas. Kita juga minta ESSCOM dapatkan maklumbalas dari rakyat Sabah.

“Jika kerajaan hanya tambah kelengkapan keselamatan dan anggota keselamatan tanpa memberi jaminan keselamatan kepada Sabah, wang rakyat yang digunakan hanya sia-sia” katanya.

Bagi mengawal kemasukan warga asing tanpa izin secara efektif, Jimmy mencadangkan supaya pihak kerajaan  secara telus melaksanakan proses pemberian dokumen yang sah kepada warga asing tanpa izin yang telah bekerja di Sabah.

“Kerajaan boleh bagi masa untuk mereka buat dokumen sah untuk bekerja misalnya dalam tempoh tiga bulan. Bukan tangkap saja,” katanya. 


Tambah beliau, pada masa yang sama kerajaan mengeluarkan Kad Pengenalan Khas Sabah seperti yang pernah dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja RCI mengenai pendatang asing Sabah.

1 comment:

  1. ESSCOM dengan peruntukan sebanyak hampir RM700 juta yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pantai timur Sabah. ( peruntukan memang banyak..tapi masih lagi ada kelemahan dalam pengawalan keselamatan perairan sabah contohnya kebanyakan Pasukan Gerakan Am menjga di pulau2 dan persisiran pantai..kuala2 sungai..aset spt bot memang tidak mencukupi..hanya kwasan tertentu sahaja yg ada.

    ReplyDelete