Wednesday 6 May 2015

Malam Gala DRZKY Cipta seribu kenangan tuju kejayaan-Che Ku Ahmad Amir


Oleh: Arshad Hussin


KEK ULANGTAHUN...Tim.Speaker DUN Sabah,Datuk Jhonny Mositun(empat kanan) bersama Presiden & CEO Drzky,Che Ku Ahmad Amir(lima kanan);Ketua Pegawai Operasi,Mohd Shukri Abdul Rahim(kanan);Ketua Pegawai Pentadbiran,Mansor Hj.Salam(dua kanan);Pengarah Pembangunan Perniagaan,Ardzed Kachong Maarof(lima kiri);Pengarag Perhubungan Perniagaan & IT,Nor Tarmidi Md Nor(empat kiri)dan Pengarah Eksekutif Byunature(M) Sdn.Bhd,Mohd Farisham Aplop(dua kiri) memotong kek ulangtahun pertama penubuhan syarikat Drzky International sempena Malam Gala D'Rzky di Beringgis Resort,Papar.


PAPAR: Malam Gala Ulangtahun Pertama DRZKY International yang dilangsungkan di salah sebuah resort  baru-baru ini  telah memberikan suntikan semangat kepada semua ahli-ahli perniagaan untuk terus berjaya dan mencipta sejuta kenangan yang sukar dilupakan.


 Meskipun pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi sejak penubuhan syarikat DRZKY International namun,berkat kesepakatan dan sikap professional semua ahli telah berjaya mengangkat nama syarikat itu ke mercu kejayaan gemilang.


PENERIMA ANUGERAH...Mohamad Bidin Musa(tiga kiri);Winifred Jouny(tiga kanan);Mahmmud Kunaini Jamali(dua kiri);jidy Danis(kanan);Wong Sin Pa(dua kanan) dan Ak.Khanapiah Pg.Wahab(kiri) bersama anugerah masing-masing sempena Malam Gala Drzky International di Beringgis Resort,Papar.



Ini dapat dibukti dengan kemeriahan dan kejayaan Malam Gala dan penyampaian anugerah kepada kesemua Core Leader serta ahli-ahli yang mencapai pendapatan lima dan empat angka dalam waktu begitu singkat.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif,Syarikat DRZKY International  Sdn Bhd,Che Ku Ahmad Amir,menjelaskan atas kepercayaan yang diberikan semua ahli ,beliau bersama pasukan eksekutif akan terus berusaha menambahbaik sistem pentadbiran dengan lebih efesyen serta mampu memberikan keuntungan lebih kepada semua ahli.


BEST OF D'BEST...Puan Winifred Jouny (tengah) diringi Jidy Danis(kanan) menerima Anugerah Best of The Best Drzky Borneo sempena malam Gala itu di Beringgis,Papar.


Katanya,apa yang penting sikap toleransi perlu ada di kalangan ahli serta sama-sama bekerja memajukan perniagaan yang semakin mendapat tempat serta kepercayaan di hati pelbagai lapisan masyarakat di zon Borneo malah di luar Negara termasuk di Negara Brunei Darussalam.

“Kita yakin dengan komitmen jitu semua ahli, tidak mustahil perniagaan ini akan terus berkembang maju serta memberikan pulangan yang terbaik dan mampu menyelesaikan masalah kewangan yang kita hadapi sebelum ini,” kata Che Ku Ahmad.

Che Ku Ahmad berkata demikian sempena majlis Malam Gala dan Ulangtahun Pertama Syarikat DRZKY International Sdn Bhd di Beringgis Resort dekat sini baru-baru ini.

Hadirsama selaku tetamu kehormat,Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah,Datuk Johnny Mositun;Pengarah Pembangunan Perniagaan,Ardzed Kachong Maarof;Pengarah Perhubungan Perniagaan & IT,Nor Tamidi Md.Nor; Ketua Pegawai Operasi Drzky,Mohd Shukri Abdul Rahim;Ketua Pegawai Pentadbiran,Mansor Hj.Salam; Pengarah Eksekutif Byunature(M) Sdn.Bhd,Mohd Farisham Aplop ; Pengurus Cawangan Drzky Borneo,Mohd.Azri Mohamed Ridzwan,Core-Core Leader dari Kuching,Sarawak;Pantai Barat Utara;Pantai Barat Selatan;Pantai Timur;Padalaman  Atas dan Padalaman Bawah.

Che Ku Ahmad,berkata berdasarkan komitmen jitu semua ahli beliau berharap perniagaan itu akan terus berkembang maju terutamanya di kawasan Borneo.
Apa yang penting,katanya ialah semua ahli hendaklah membangunkan perniagaan Drzky International dengan cara yang betul dan berlandaskan sistem yang diperkenalkan oleh syarikat.

Che Ku Ahmad,menambah kejayaan dalam perniagaan drzky bukan sahaja kejayaan syarikat tetapi juga kejayaan berkongsi produk-produk Drzky bersama para usahawan bumiputera disamping mampu menyelesaikan kehidupan rakyat yang lebih sihat sambil mendapat faedah kewangan untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan yang lebih baik  kepada masyarakat peserta.


TOKOH DRZKY 2015...Mohd Azri Mohammed Ridzwan(kanan) menerima Anugerah Tokoh Drzky International 2015 disampaikan Presiden & Ceo Drzky,Che Ku Ahmad Amir(kiri) sempena Malam Gala Drzky International di Beringgis Resort,Papar.

Sehubungan itu, Che Ku Ahmad Amir,berkata  dalam perniagaan Drzky, para peserta mampu memperkasakan pendapatan serta  membuat kehidupan mereka sendiri lebih bermakna,sama ada mereka yang bercita-cita melakukan perubahan kecil atau secara signifikan meningkatkan taraf hidup, Drzky boleh  membantu mencapai impian menjadi kenyataan dengan syarat melakukannya dengan penuh tabah serta bijak memanfaatkan peluang dan ruang seiring pengalaman kerjaya individu itu sendiri.

Sempena majlis gilang gemilang itu,pelbagai acara diadakan termasuklah penyampaian Anugerah Penghargaan kepada Core Leader Borneo;Anugerah Gemilang kepada lima Core Leader yang mencapai pendapatan tertinggi lima angka; Anugerah Gemilang kepada enam Core Leader yang mencapai pendapatan enam angka;Cabutan tikit bertuah dan Anugerah Best of The Best Drzky Borneo.

Antara penerima Anugerah Tertinggi lima angka didahulu,Mohamad Bidin Musa (RM68,885.00);Puan Winifred Jouny(RM26,655.00);Mahmud Kunanini Jamali(RM22,861.25);Jidy Danis(RM11,155.00);Dennysius Dunatus(RM11,107.50) dan penerima Anugerah empat angkat,Madam Wong Sin Pa(RM6,412.50);Alimah Ahmad(RM5,957.50);Kusnah Kasman(RM5,752.00);Asnah Amat(RM5,320.00);Ak Khabapiah Pg.Wahab(RM5,035.00).

Sementara Anugerah Best of The Best Drzky International diberikan kepada Puan Winnifred Jouny.

No comments:

Post a Comment