Tuesday 5 May 2015

Pengundi Muda Permatang Pauh Perlu Menyokong BN Demi Masa Depan Mereka



CUBA BAKAT...Dato Seri Mohd Sahfie mencuba bakat untuk merekabentuk buah tembikai menjadi hiasan semasa program bersama Ushawan Muda dan Penymapaian Cel Pembiayaan Perniagaan Putra di Giat Mara Permatang Pauh


PERMATANG PAUH : Pengundi muda di kawasan ini perlu beralih arah dengan menyokong BN pada pilihanraya kecil kali ini bagi mempastikan masa depan mereka  terus terbela dalam arus kemajuan perdana negara 

Ketua Penerangan Pemuda Umno  Jamawi Jaafar berkata selama ini mereka (golongan muda) dan rakyat sudah tertipu dengan politik  retorik  keluarga bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama menjadi Ahli Parlimen di kawasan tersebut tapi  gagal membela nasip rakyat khususnya golongan muda di Permatang Pauh.




AGIH BUBUR LAMBUK...Jamawi bersama calon BN Pematang Pauh Suhaimi dan isteri turut mengagih-agihkan bubur lambuk kepada orang ramai sempena program tersebut


“PRK kali ini merupakan flatfrom terbaik bagi rakyat dan pengundi muda di Permatang Pauh melakukan perubahan apalgi calon yang diketengahkan dari golongan muda bukan sahaja memahami kehendak golongan muda namun memahami keperluan rakyat secara keseluruhannya di kawasan ini” katanya ketika ditemui selepas mengiringi Calon BN Suhaimi Shahbudin dalam program agihan bubur Lambuk anjuran Alumno Belia 4B di PDM Pertama Permatang Pauh dekat sini kemarin  

Sebelum itu Jamawi turut mengiringi Naib Presiden Umno yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal  di majlis bersama Ushawan Muda dan Penymapaian Cel Pembiayaan Perniagaan Putra di Giat Mara Permatang Pauh.

Menurut Jamawi lagi, BN mempunyai potensi besar untuk menang di PRK Permatang Pauh dengan mengemukakan calon yang lebih berwibawa tetapi perlu menggunakan strategi yang baik.

Katanya, Landskap politik tanah air telah berubah dengan ketara selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008. Parti pembangkang kelihatan begitu agresif me¬nyerang kerajaan dengan memanipulasi maklumat dan fakta menerusi penggunaan media sosial semaksimum mungkin menerusi jentera siber mereka sebagai platform untuk meningkatkan tahap kebencian rakyat kepada kerajaan

Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berharap  seluruh jentera BN perlu bergan¬ding bahu secara agresif untuk memberi penerangan dengan lebih tepat, cepat dan efektif kepada pengundi mengenai isu-isu yang telah dan bakal dibangkitkan oleh pembangkang sepanjang tempoh berkempen.


ZIARAH Jamawi bersama rombongan pemuda ketika melakukan program ziarah di kampong Pertama Permatang Pauh.

“Gerak gempur perlu dilakukan dalam kumpulan yang kecil secara bersemuka dengan semua pengundi semaksimum mungkin. Hari ini, isu-isu yang sensitif dan melibatkan kepentingan rakyat perlu diberi penjelasan secara halus dan berhemah”  katanta

Tambah   Jamawi oleh kerana isu ini telah banyak dimainkan menerusi media sosial, maka golongan muda atau Gen Y perlu dijadikan kumpulan sasar untuk diberikan penjelasan supaya tidak menjadi satu persepsi negatif.

“Menjadi tanggungjawab Pemuda BN dan seluruh sayap parti untuk menjadi askar siber bagi menepis segala tohmahan ini sama ada menerusi sesi penerangan atau menggunakan platform media sosial. Jentera ini perlu kemas, bergerak seiring dan mempunyai sinergi dengan pasukan pengumpul maklumat agar persepsi dapat ditangani sebelum meracuni minda rakyat.” Tambah Jamawi.

No comments:

Post a Comment