Monday 18 May 2015

Rahman Dahlan kelirukan isu Matunggong, DAP Sabah




Saya ingin menjelaskan bahawa penduduk kampung di Matunggong yang dilaporkan menggunakan air keruh dari sungai yang hampir kering bukan disebabkan kekurangan bekalan air tetapi disebabkan oleh faktor kemiskinan. Dilaporkan bahawa penduduk kampung tersebut berada dalam keadaan yang sangat miskin dan tidak mampu untuk menanggung kos pemasangan sambungan bekalan air.


Nampaknya pihak kerajaan harus dipersalahkan kerana gagal memberi jaminan serta menjamin kepentingan rakyat Sabah dengan menyediakan keperluan asas kepada rakyat Sabah. Ini senario yang benar-benar berlaku di Sabah.

Dalam perkara ini, DAP Sabah menempelak Rahman Dahlan yang Cuma memutarbelitkan fakta. Beliau nampaknya bertindak tidak bijak dan tidak bertanggungjawab menuduh pihak pembangkang sebagai punca masalah sedangkan beliau gagal untuk menerima kesilapan kerajaan sendiri dan menyatakan perkara sebenar. Nampaknya beliau sedang bermain politik murahan dengan mengetepikan kepentingan penduduk kampung.

Angka-angka ‘kejayaan’ yang konon telah mencapai sasaran kerajaan adalah tidak realistic dan tidak langsung mencerminkan scenario sebenar di Sabah.  Kerajaan dengan bangganya mendakwa kejayaan mereka menurunkan kadar kemiskinan Sabah dengan penurunan yang signifikan iaitu sebanyak 19.7% pada 2009 kepada 8.1% pada 2012. Bagaimana pun, angka-angka ini tidak menceriminkan keadaan sebenar yang berlaku di Sabah. 

Najib dan menteri-menterinya telah gagal untuk memahami perkara sebenar tetapi berterusan memutar-belit fakta berkenaan Sabah. Malah, berdasarkan pengalaman sebenar kami berada di kawasan pedalaman, seperti apa yang berlaku di Kampung Samparita Laut, Kota Marudu dan Kampung Pangi, di Tenom, kampung-kampung ini tidak mempunyai akses kepada bekalan air dan elektrik sehinggalah kehadiran pasukan Impian Sabah yang melancarkan projek komuniti membina sistem paip air graviti. Saya percaya, masih banyak kampung seperti ini tidak mempunyai akses kepada keperluan dan keperluan asas.

DAP akan sentiasa teguh bersama penduduk Sabah dan berjuang untuk mendapatkan keadilan bagi seluruh rakyat Sabah begitu juga rakyat Malaysia. Kami menyifatkan bahawa keperluan infrastruktur asas merupakan perkara fundamental dan maruah bagi seluruh warga. Mengapa masih ramai kalangan rakyat yang tidak menikmati bekalan dan keperluan asaswalaupun setelah 52 tahun membentuk Malaysia? Ia merupakan ketidak adilan dang penganiayaan terhadap hak asasi rakyat Sabah dan Malaysia.

Adalah sangat jelas bahawa DAP tidak menentang pembinaan empangan tersebut semata-mata menolak pembinaannya namun kami berasakan bahawa perlu ada sebuah rancangan yang lebih menyeluruh dan adil demi menghormati dan tidak mengorbankan tanah adat demi pembangunan semata-mata.


Akhirnya, adalah amat memalukan kerana Matunggong diwakili oleh Maximus Ongkili yang memegang portfolio sebagai Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air. Saya berasa beliau perlu menjelaskan dengan segera kepada orang awam mengenai isu ini dan membantu penduduk kampung, bukan hanya diam. Rahman Dahlan sebagai Menteri Kabinet dan Setiausaha BN Sabah perlu memberi focus bagaimana untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di Sabah dan bukan hanya pandai ‘membuat bising’.


Stephen Wong
DAP Sabah Deputy Chairman cum MP for Sandakan


No comments:

Post a Comment