Friday 22 May 2015

Semua Ketua PDM Diarah Kemaskini Daftar Pemilih, seru James Ratib


Oleh: Shaimon S Jumadi
Sabahkinimirror.blogspot.com


PRIHATIN ... James (tengah) menyerahkan sebuah enjin pam air untuk kegunaan penduduk di Kampung Sungai-Sungai yang disampaikan kepada pemimpin masyarakatnya sambil disaksikan beberapa ahli jawatankuasa Umno Beluran serta pemimpin masyarakat setempat

SUGUT :  Semua ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut diperingat terus mengemaskinikan data-data daftar pemilih seperti mengenal pasti alamat tempat tinggal dan pekerjaan terkini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.39 Sugut, Datuk James Ratib, berkata ia bagi memudahkan segala proses untuk mengetahui kedudukan mereka sebagai pemilih yang berdaftar di PDM masing-masing.

Katanya, usaha ini membantu kemenangan parti walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-14 masih jauh lagi tetapi tumpuan perlu diberikan sekarang agar tiada masalah untuk memenangi pilihan raya nanti.

"Saya juga merayu kepada ketua-ketua cawangan, pengarah-pengarah zon pilihan raya dan ketua-ketua serta ahli jawatankuasa peti undi supaya siap siaga untuk menghadapi pilihan raya.

"Walaupun ianya masih jauh tetapi kita mesti siap sedia dengan menambah ahli dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi. Kemenangan parti melalui undi daripada mereka yang mendaftar sebagai pemilih," jelasnya.

Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) P. 183 Beluran itu menyatakan demikian ketika berucap dalam satu perjumpaan dan taklimat kesiap siagaan Ketua-ketua PDM Sugut di Bilik Mesyuarat, Pejabat Perhubungan ADUN Sugut, Pekan Botition, dekat sini, kelmarin.

Dalam perkembangan politik semasa di Sabah James Ratib semasa ditanya oleh Wartawan Kanan  The Sabah Berneo Insider.Net menjelaskan ianya berjalan baik kerana semua komponen parti Barisan Nasional (BN) yang ada di Sabah telah menunjukkan kerjasama yang erat dengan UMNO sebagai rakan seperjuangan.

Ditanya sokongan parti-parti komponen BN terhadap pucuk pimpinan  Datuk Seri Musa Hj Aman  sebagai ketua jentera pentadbiran kerajaan  Negeri Sabah James Ratib berkata jelas menunjukkan sokongan padu oleh rakan-rakan komponen BN tarhadap Musa memang cukup baik.

Ini jelas tambah James Musa adalah bapa pembangunan Sabah yang banyak berjaya untuk membangunan negeri Sabah adalam aspek perdana pembagunan.

“Saya sekalu Ketua Bahagian UMNO Beluran dan juga ADUN Sugut jujur  saya katakan saya dan ahli-ahli UMNO daripada peringkat Bahagian, Cawangan dan keakar umbi memang menyokong kepimpinan Musa sejak dari dulu sehingga sekarang ini” tegas James Rati


Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sugut, Jalil Atang; Setiausaha Bahagian, Omar Amsulong; Ketua Penerangan Bahagian, Wahab Ghani; Bendahari Bahagian, Datu Alamsah; mantan Setiausaha Bahagian yang kini selaku ahli jawatankuasa bahagian, Zikiri Ajad dan Naib Ketua Wanita Bahagian, Patimah Sukor serta ahli jawatankuasa Pemuda merangkap Ahli Parlimen Belia Malaysia, Mohd Fazli Zikiri termasuklah para ketua cawangan. 

Pada perjumpaan tersebut, James selaku Ketua Umno Beluran turut melantik Zikiri bagi menyandang jawatan Ketua Daerah Mengundi dan Peti Undi Kampung Terusan Sugut.

Serentak itu juga mana-mana pemimpin di peringkat bahagian mahu pun cawangan yang dilantik agar membentuk ahli jawatankuasa peti undi dengan memastikan keperluan logistik dan data-data termasuklah mengenal pasti pengundi yang berada di luar kawasan.

"Ketua-ketua dan jawatankuasa PDM juga perlu bergerak lebih awal bermula sekarang dengan melakukan kerja-kerja seperti membuat persediaan bilik gerakan pilihan raya dan melakukan pendaftaran pemilih baharu.

"Mesyuarat jawatankuasa PDM perlu diadakan sekurang-kurangnya dua bulan sekali dan paling penting sentiasa melakukan pemantauan terhadap pihak-pihak yg menyebarkan fahaman pembangkang kepada penduduk setempat," tegas Adun Sugut itu.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Sedcovest Holding Sdn Bhd menyeru pemimpin di setiap peringkat akar umbi supaya memberi kerjasama sepenuhnya membantu jawatankuasa PDM dalam usaha mengenal pasti penduduk kampung atau ahli-ahli cawangan Umno yg belum berdaftar sebagai pemilih, agar memaklumkan kepada jawatankuasa sedia ada bagi didaftarkan segera.

Di samping itu, ujarnya, mereka juga perlu membantu memberi penerangan kepada penduduk kampung mengenai isu-isu politik semasa terutama pembangunan yang dilakukan kerajaan (BN).

James berterima kasih kepada semua jawatankuasa PDM yang telah bekerja keras dalam berkempen untuk kemenangannya sebagai calon BN bagi DUN Sugut dan calon-calon BN yang lain sewaktu PRU-13 lepas.

Sempena perjumpaan itu, beliau juga menyerahkan sebuah enjin pam air untuk kegunaan penduduk Kampung Sungai-Sungai yang disampaikan kepada Pengerusi JKKK Kg Sungai-Sungai, Mohd Riji Assim. 

No comments:

Post a Comment