Wednesday 10 June 2015

Pemuda Umno BN Tenom Tubuh Tabung Bencana Gempa Bumi Gunung Kinabalu



LANCAR...Jamawi bersama Naib  Ketua Pemuda Umno Tenom Rusali Andiar dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno/BN Ketika melancarkan tabung Bencana  Mangsa Gempa  Bumi Gunung Kinabalu. Di Tenom malam kemarin.


TENOM: Bersimpati dengan musibah  yang menimpa penduduk  khususnya di daerah Ranau yang terjejas terok dalam kejadian gempa bumi yang berlaku pada awal pagi jumaat lepas ,Pergerakan Pemuda Umno/BN Tenom telah mengwujudkan Tabung Bencana  Mangsa Gempa  Bumi Gunung Kinabalu.


Majlis pelancarannya telah diadakan selepas majlis kenduri kesyukuran di rumah  Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Jamawi Jaafar malam kemarin yang turut dihadiri oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom Rusali Andiar,Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Tenom Imam Mohd Taslim Tahir serta ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno/BN Tenom.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pengwujudan tabung tersebut bertujuan untuk mengumpul dana khususnya  sumbangan dari masyarakat di daerah itu ,yang akan disampaikan  bagi membantu beban  khususnya kepada ahli keluarga yang terkorban dalam kejadian gempa bumi tersebut dan masyarakat lain yang lain yang terjejas terok dalam musibah tersebut

 “ Tabung ini kita wujudkan bagi membantu mangsa mangsa yang terlibat khususnya  kepada ahli keluarga yang  yang terkorban dalam kejadian tersebut “ katanya

Sambil berharap kesemua Pergerakan Pemuda Umno/BN khususnya di Sabah dapat mengwujudkan tabung yang serupa Jamawi berkata usaha tersebut menunjukkan  sikap prihatin pergerakan Pemuda Umno/BN  kepada mangsa mangsa yang terlibat khususnya ahli keluarga Malim Gunung yang telah membuktikan komitmen serta kesungguhan mereka membantu mangsa mangsa yang terperangkap dan terkorban untuk di bawa turun ke pusat operasi menyelamat malah ada diantara Malim Gunung ini terkorban dalam kejadian tersebut

“ Kita kagum dan bangga dengan kesungguhan Malim Gunung yang tanpa menghiraukan keselamatan mereka turut membantu mengesan dan membawa mangsa mangsa yang terkorban dan terperangkap untuk dibawa turun dan penghargaan  sewajarnya  kita berikan kepada mereka (Malim Gunung) “  termasuk pasukan keselamatan dan petugas yang lain " katanya   

Menurut Jamawi langkah seterusnya selain menghargai jasa serta pengorbanan Malim Gunung beliau juga turut mencadangkan kepada pihak yang berkenaan  agar  Malim Gunung diberikan latihan serta kelengkapan yang mencukupi untuk menjalankan  operasi menyelamat  pada masa akan datang.

 “ Kita tidak menduga apa yang akan berlaku pada masa akan datang, dan kawasan ini tetap menjadi daya tarikan penunjung khususnya pelancong, jika mereka diberikan  latihan kemahiran  menyelamat yang lebih sistemetik dengan perlatan menyelamat yang lengkap gerakan  membantu lebih mudah dan cepat dilakukan” katanya.

 Jamawi juga berharap agar  petugas Malim Gunung ini dinaikkan taraf propesyen mereka dengan ganjaran gaji yang sesuai selain mendapat perlindungan insurance memandangkan tugas serta tanggungjawab mereka sebagai jurupandu (malim Gunung) berhadapan dengan rasiko yang tinggi ketika mereka  melaksanakan tugas  membawa pendaki mendaki gunung.





KEBANGAAN...Antara aksi Malim Gunung dalam usahanya membawa turun mangsa yang menjadi Viral di Halaman Sosial

No comments:

Post a Comment