Friday 7 August 2015

Muhyiddin: PM enggan dedah identiti penderma




Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu.

Muhyiddin berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan selepas The Wall Street Journalmelaporkan perkara itu pada 3 Julai.

"Saya tanya dia dari mana sumbangan itu datang, dan dia (Najib) kata 'dari Timur Tengah, tetapi saya tidak boleh sebut nama',” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, Najib memberitahunya bahawa pendemra Timur Tengah itu mahu wang RM2.6 bilion tersebut dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.

"Saya tanya dia (Najib), kenapa ia masuk ke akaun dia? Dia jawab, 'penderma beritahu saya supaya masukkan ke akaun saya'.

"Ada boleh percaya? Bila orang bagitau, percaya sajalah," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata beliau hanya diberitahu mengenai deposit wang RM2.6 bilion itu selepas pendedahan WSJ.

Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam ucapannya di perhimpunan agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagiannya, di Pagoh, Johor. (Malaysiakini)

1 comment:

  1. Tun M pun ada buat skrg ni najib pun buat. Tengoklh mcm mna sistem pemerintahan negara,mcm mna tindakan raja-raja dn sistem undang-undang negara kita. Sama ada umno/bn itu benar-benar mendapat kekebalannya daripada sebarang tindakan undang-undang negara. Ia sepatutmya dibawa ke muka pengadilan,klau tdk cerita pm bilioner ataupun anak-anak pm billioner tidak akan tamat sampai bila-bila. Sepatutnya hal ini dicampuri sultan dan harus dibuat siasatan dan tindakan lanjut memandangkan ianya melibatkan pm dn umno iaitu kedudukan tertinggi dlm rakyat malaysia.Tidak akan ada keadilan dn kebenaran serta ketelusan pemerintah di malaysia jila memiliki kekebalan seperti kuasa sultan.Ini adalah ajaran sesat. Bila rakyat marah, rakyat pn mau naik banding jg. Di situlah kita lemah dn hancur.

    ReplyDelete