Monday, 8 February 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NAFI HAK ASASI KANAK-KANAK!

Hak saya....hak saya sebagai kanak-kanak di bawah Hak Asasi Manusia Sedunia DINAFIKAN

Surat Terbuka Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia


Salam Sehati Tak Sejiwa,


Dukacita saya ingin mengatakan malaysia ini negara tembirang kerana pemimpinnya apabila bercakap mengalahkan malaikat tapi untuk memastikan semua rakyat dalam negara ini bersekolah pun masih lagi tidak dapat mereka tunaikan.


Hal ini jelas terbukti apabila anak saya sendiri tidak dapat bersekolah tahun ini kerana ruang kelas di SK Ladang Binuang sudah pun penuh. Malangnya, sistem pengambilan anak bersekolah berlandaskan pendapatan perkapita untuk diberi keutamaan atas alasan persekolahn peringkat ‘prasekolah’ adalah sekolah percuma.

Alahai betapa BANGSATNYA peraturan itu!

Anak ini dinafikan haknya untuk bersekolah di SK Ladang Binuang, Kunak.


Malah, setelah rujukan dibuat ke Jabatan Pendidikan Daerah Kunak dan bahagian Aduan Jabatan Pendidikan Sabah pun saya tetap menerima jawapan yang negatif dan tidak munasabah.

Bukan itu sahaja, mereka tidak dapat menolong agar anak saya dapat bersekolah seperti kanak-kanak yang lain. Sebaliknya mereka mencadangkan agar anak saya mencari prasekolah lain yang mana jaraknya dari tempat saya adalah 60km pergi balik dan sebahagian jalannya berstatus jalan kerbau yang tidak bertar.

Saya amat terkilan dengan sistem pendidikan di Malaysia yang sebenarnya sudah hilang dari fokus dan tujuan iaitu memberi pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Apakah Kementerian Pendidikan Malaysia sduah mula ditadbir sepenuhnya oleh kuasa politik tanpa memikirkan Hak Asasi anak saya?


Citra Masadi 
Ketua Penerangan PKR Silam

Ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah

1 comment:

  1. Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada MBAH SELONG yang
    telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau saya
    sekarang udah hidup tenang karena orang tuaku udah buka usaha dan
    punya modal untuk buka bengkel skrang pun orang tuaku tidak di
    kejar-kejar hutang lagi…dan keluarga Kami di berikan Angka
    Ritual/Goib Dari mbah yg sangat Jitu 100%dijamin
    tembus…hingga keluarga kami sekarang merasa tenang
    lagi…terima kasih mbah…Jika Anda ada yg merasa kesulitan
    masalah Nomer ToGEL silahkan hbg Aja MBAH SELONG
    dinmr hp beliau (081-322-565-355) ATAU KLIK SITUS KAMI
    dan saya sudah membuktikan 3kali berturut2 tembus terimah kasih

    ReplyDelete