PROJEK.....Aziz (baju putih) salah seorang kroni Menteri KKLW yang kaki projek kerana hanya mementingkan keuntungan peribadi memburu projek dan hidup merah atas kesengsaraan orang lain.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
SEMPORNA : Kerajaan
Persekutuan disaran menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk
menyiasat 'Jenayah Sabotaj Ekonomi' yang dilakukan oleh Menteri, Jabatan dan
Pemimpin tertentu di Semporna sehingga taraf hidup dan prasarana di Semporna
begitu rendah.
Naib Pemuda UMNO Cawangan
Kampung Air Semporna 1, Muhd Saifullah Hisham
menyarankan demikian setelah tidak lagi dapat bertolak ansur dengan
sikap pemimpin UMNO Semporna, terutama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah; Wakil-Wakil Rakyat Semporna yang bukan sahaja mewujudkan projek untuk
kepentingan diri, kroni dan keluarga mereka; malah melakukan sabotaj terhadap
Dasar Edonomi baru.
"Apa ertinya lebih
ratusan tiang yang terpacak di sepanjang jalan di Semporna sejak zaman Tun
Sakaran sehingga kini jika tidak berlampu? Kini dibina lagi projek baru. Cuba lihat
deretan tiang lampu Jalan Raya menuju ke Kampung Selamat, Kampung Simunul dan
Kampung Sri Jaya Mesra sudah hampir 3 tahun lamanya terpacak yang dilakasanakan
oleh salah sebuah kontraktor kroni; tetapi gagal menyiapkan projek tersebut,"
kata Saifullah.
Kata Saifullah, Kampung
Simunul baru sahaja mendapat gelaran atau anugerah sebagai kawasan
perkampungan Hitam (Black Area) pihak kerajaan mahupun wakil rakyat kawasan
tersebut langsung tidak mempedulikan mengenai keadaan di situ; malahan
dibiarkan begitu saja seolah-olah menunggu ada kejadian-kejadian yang
mengerikan barulah pihak kerajaan mahu bertindak.
“Sebagai Ahli UMNO dan penyokong
kuat BN serta pengundi tegar BN, kami merasa malu kerana semua Wakil Rakyat
umpa menjadi pengkhianat kepada parti dan gagal melaksanakan amanah yang tlah
diberikan kepada mereka," ujar Saifullah yang turut membidas Pegawai
Daerah yang gagal memastikan setiap peruntukan menepati sasaran.
LUBANG.....Saifullah
menunjukkan lubang besar di tengah-tengah jalan menuju ke Kampung Lihak-Lihak
yang bakal mengundang maut kepada penunggang motorsikal.
Dalam pada itu, Saifullah
turut membidas kerosakan Jalan Raya menuju tiga buah perkampungan Lihak-Lihak 1,
2 dan 3 yang langsung tidak diselenggarakan Jabatan Kerja Raya Semporna telah
menimbulkan kesangsian rakyat dan bakal mengundang kecelakaan kepada para
pengguna, terutama sekali penunggal motorsikal.
Saifullah menjelaskan,
kelalaian JKR atau syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan negeri iaitu Globinaco Sdn Bhd dan Kekal Mewah Sdn
Bhd untuk menyelenggara kerosakan jalan
raya yang berlubang di sana sini di sepenjang jalan tersebut sejauh 45 km tersebut
amat dikesali.
Kata Saifullah, ketiga-tiga Pengerusi JKKK dan Ketua-Ketua
Kampung berkenaan sudahpun memaklumkan
perkara ini sama ada memberitahu JKR secara lisan, mahupun bertulis tetapi
aduan mereka langsung tidak dipedulikan.
"Saya bukan hendak
menentang para pemimpin UMNO di Semporna ini tetapi demi untuk kepentingan
rakyat Semporna, lagipun saya adalah Ahli UMNO yang memegang jawatan sebagai
Naib Ketua Pemuda UMNO cawangan Kampung
Air Semporna 1; untuk menyedarkan mereka
demi kebaikan bersama."
TERPACAK
TIANG.....Lebih 100 tiang lampu terpacak
di sepanjang jalan Kg Simunul tetapi tidak dipasangkan lampu sejak sekian lama.
Kata Saifullah, beliau ingin
bertanya apa peranan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna yang tidak pernah
ambil tahu tentang permasalahan rakyat di Semporna?
"Yang dia tahu (Aziz
Jamman) tahu hanya fokus kepada projek berjuta-juta ringgit, namum segala
masalah rakyat terus diketepikan. Inikah peranan Ketua Pemuda yang diberi
mandat, tetapi langsung tidak berfungsi," kata Saifullah yang menyindir Aziz
hanya pakar merasmikan program yang menjanjikan pengaruh dan wang.
Jenis pemimpin semacam ini,
kata Saifullah, tidak boleh lama dikekalkan dan beliau bersedia menggantikan
tugas berkenaan jika khidmatnya diperlukan.
Sudah 10 tahun Datuk Musa Aman menerajui kerajaan BN Negeri sabah dan beliau juga telah pun menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan untuk Sabah,
ReplyDeleteMusa harus teruskan usaha sebab Sabah masih dalam perkembangan.
DeleteSabah masih dalam perkembangan. Perancangan dan pelaksanaan projek harus di landasan yang betul.
DeleteSeperti yang kita tahu Datuk Musa telah berjaya menambah rizab negeri, memacu enjin pertumbuhan ekonomi negeri, menarik masuk pelaburan mega dan meningkatkan kompetensi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri.
ReplyDeletePerkembangan Sabah harus berada di landasan yang betul.
DeleteSabah ada reserve fund yang terbanyak.
DeletePelbagai cerita yang kita dengar tetang Datuk Musa, meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kritikan, Datuk Musa masih berjaya.
ReplyDeletePasti ada komen negatif.
DeleteKritikan akan mendorong beliau lebih tabah untuk ke hadapan.
DeleteRakyat Sabah seharusnya berbangga yang belanjawan negeri itu telah meningkat secara konsisten setiap tahun sejak Datuk Musa mengambil alih kepimpinan BN di negeri itu. Ini menunjukan yang mana Datuk Musa bukannya pemimpin yang mementingkan diri seperti beberapa pihak katakan mengenai keburukan beliau. Dan, Belanjawan untuk 2013 ialah RM4,088 bilion.
ReplyDeletePaling besar pernah dibuat oleh kerajaan negeri Sabah. Ini menunjukkan yang terdapatnya pengurusan dana yang berhati-hati. Dengan pengendalian pengurusan kewangan negeri yang cekap, Musa telah berjaya mengumpulkan dana rizab negeri terbesar bagi mengekalkan ekonomi Sabah.
ReplyDeleteSabah harus lebih berkembang dengan sumber semulajadi yang lumayan.
DeleteIni ialah pada hakikatnya yang mana kerajaan di bawah Datuk Musa mengamalkan pengurusan kewangan yang berhati-hati dan berhemat. Malah, untuk ini, Audit Negara telah mengumumkan yang Sabah adalah antara negeri dengan rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Sabah telah diiktiraf dengan “Clean Bill” sejak 12 tahun lepas.
ReplyDeleteSejak sekian lama, ekonomi utama negeri itu ialah BALAK. Tetapi Datuk Musa mengambil langkah terbaik dan menyedari yang BALAK cepat pupus dan sumber negeri itu perlu dipelbagaikan. Ekonomi baru telah diperkenalkan dengan penekanan utama kepada sektor PERTANIAN, PEMBUATAN dan PELANCONGAN.
ReplyDeleteSumber pembalakan harus dipeliharakan.
DeleteBanyak lagi industri yang berpotensi tinggi yang boleh menjana pendapatan yang baik.
DeleteSabah amat bernasib baik kerana mempunyai Datuk Musa Aman yang menerajui BN Sabah. Kejayaannya juga ialah disebabkan beliau menggunakan “kuasa minda” berbanding emosi dalam melaksanakan tugasnya memajukan negeri itu. Maka setiap apa yang dibuat oleh Datuk Musa adalah hasil daripada pandangan dan perbincangan dengan ahli dan pemimpin lain. Terima Kasih Datuk Musa.
ReplyDeletesi Saifullah saja cari publisiti murahan.. kalau betul dia ikhlas mahu memperbetulkan keadaan, kenapa tidak jumpa terus pihak yang berkenaan?? kenapa perlu ikut cara pembangkang sedangkan dia sendiri boleh bertemu dengan YB??
ReplyDeletebagus kau cari kerja lain la Saifullah.. trademark berkaca mata hitam bikin orang semporna menyampah ja tengok muka kau.. kunun2 lepas ni dia popular la macam artis.. miahaha..
ReplyDeleteada ramai juga pemuda umno di sabah, tapi tidak pula balik2 masuk sabahkini mengkritik rakan seperjuangan yang lain.. ada apa2 masalah, bawa berbincang saja ba bro..
ReplyDeletekalau ditakdirkan kau bertanding nanti PRU14, jangan harap la boleh dapat undi.. pengundi pun ragu2 mau undi kau bro.. bila ada masalah, cepat2 pakai kacamata hitam terus cari wartawan sabahkini..
ReplyDeletePencapaian SDC yang memasuki fasa kedua dari 2011 hingga 2015 adalah memberangsangkan dan mencatat momentum pertumbuhan yang memuaskan.Setakat ini, 11 projek swasta berkeutamaan dan berimpak tinggi , sedang dilaksanakan, yang mendapat kelulusan peruntukan kerajaan sebanyak RM1.7 bilion.
ReplyDeletePeluang pekerjaan turut bertambah.
DeleteYang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata kerajaan negeri juga akan mempergiatkan lagi usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta di negeri ini, di samping menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan modal insan yang berkemahiran tinggi khusus untuk pembangunan SDC.
ReplyDeletebersama kita tingkatkan ekonomi Sabah
ReplyDelete