Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SEMPORNA : Sebenarnya Kampung
Air tidak pernah mengalami masalah bekalan air sejak dari dahulu lagi kerana kampung yang mempunyai 500 penduduk
ini, hidup dalam keadaan selesa kerana
kerajaan tidak putus-putus menyalurkan
pelbagai kemudahan asas untuk dinikmati rakyatnya.
Ketua Cawangan UMNO Kampung
Air Semporna 1, Hj Mohd Kassim Hj Ibno Bederi berkata demikian sebagai mengulas
artikel Sabahkini.net bertajuk, 'Semporna Banjir YB,Kering Air'.
“Kenyataan Saifullah tidak tepat kerana dia hanya mendengar laporan daripada segelintir penduduk kampung
yang sengaja mencari masalah, sedangkan sebagai Ketua Cawangan UMNO saya
sentiasa memantau segala permasalahan penduduk di sini,” tegasnya.
Katanya, UMNO akan sentiasa
memantau kemajuan dan keperluan penduduk kampung air, terutama yang menghadapi
masalah teknikal untuk mendapatkan bekalan air paip.
"Setakat ini bekalan
air mencukupi dan kita belum menerima sebarang rungutan atau laporan kawasan
yang tidak mendapat bekalan air bersih secara kritikal. Jika ada catuan hanya
masalah teknikal," kata Kassim yang menggesa agar penduduk kampung
menghubungi beliau jika ada masalah, bukannya mencari publisiti di media.
Syabas bekalan tiada masalah.
ReplyDeleteKualiti bekalan harus memenuhi syarat.
ReplyDeleteMasalah yang dihadapi haurs membuat aduan kepada pihak yang betul.
ReplyDeleteProjek naik taraf harus diteruskan agar semua golongan menikmati perubahan dari segi kehidupan.
ReplyDeleteIsu ini harus disiasat apakah kebenarannya. Tuduhan rakyat harus diambil perhatian juga.
ReplyDeletemasalah bekalan air harus diatasi
ReplyDelete