Oleh : SITI ZUBAIDAH
ABDULLAH
KOTA BELUD : Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan
bertekad membangunkan daerah Kota Belud secara menyeluruh untuk tempoh lima
tahun mendatang berikutan keyakinan penduduk memberikan mandat kepadanya pada
pilihan raya umum lepas.
Anggota Parlimen Kota Belud
itu berkata beliau sedang merancang projek-projek mega untuk meletakkan daerah
itu berada di landasan yang betul bagi menikmati tahap pembangunan yang rancak
sepanjang tempoh itu.
"Saya nampak masa depan
yang cerah untuk membangunkan Kota Belud sedang berada dalam keadaan cukup
bersedia yang kini berada di ambang pembangunan rancak bagi tempoh lima tahun
ini," katanya kepada Bernama di sini.
Mengenai prospek pembangunan
di Kota Belud yang terletak di kaki Gunung Kinabalu, Abdul Rahman berkata
beliau dan kerajaan negeri mempunyai wawasan yang jelas dalam meneruskan agenda
pembangunan di daerah itu.
Katanya antara projek yang
sedang dirancang ialah Projek Pusat Sokongan Industri Minyak & Gas di Teluk
Usukan, projek Agropolitan Kota Belud-Pitas, projek perumahan rakyat, Kota
Belud akan dikenali sebagai Jelapang Padi dan lebuh raya Pan Borneo yang
menghubungkan Sabah dan Sarawak sepanjang 2,300km yang akan melintasi kawasan
Kota Belud.
Abdul Rahman berkata Teluk
Usukan bakal muncul sebagai hab logistik baharu di rantau Asia Tenggara
menerusi usaha menjadikan kawasan itu sebagai pusat sokongan industri minyak
dan gas.
Beliau berkata selain itu,
projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Sabah serta Petronas Asian
Supply Base berkenaan akan mewujudkan sehingga 1,000 peluang pekerjaan untuk
penduduk setempat.
Beliau mahu menumpukan usaha
untuk meningkatkan penyertaan warga tempatan terutama golongan muda dalam
aktiviti perindustrian minyak dan gas di Teluk Usukan.
"Ini akan membantu
meningkatkan pendapatan, kemahiran serta kemampuan warga tempatan khususnya golongan
muda yang ingin menceburkan diri dalam industri minyak dan gas serta sektor
berkaitan," katanya.
Sehubungan itu, beliau
meminta golongan muda agar bersedia untuk mempelajari dan mengikuti kursus
berkaitan agar dapat menyumbang kepada pembangunan sektor itu yang akan
berkembang pesat dalam tempoh tiga tahun lagi.
"Apa yang saya risaukan
kini ialah tentang kesediaan golongan muda untuk menjadi modal insan kerana
tiada guna kita mempunyai projek- projek mega yang sedang berjalan, tetapi
siapa yang mendapat manfaat ialah penduduk luar Kota Belud (KB).
Persoalannya sekarang rakyat
KB harus bersedia atau tidak kerana industri minyak dan gas secara teknikalnya
mengambil kemahiran golongan itu yang harus bersedia sekarang dengan mengambil
kursus-kursus berkaitan projek itu," katanya.
Justeru itu, katanya, beliau
menerusi Pejabat Parlimen Kota Belud akan bekerjasama rapat dengan Petronas
Asian Supply Base untuk mengenal pasti golongan muda yang layak untuk menceburi
industri berkaitan itu.
Sebagai menteri bertanggungjawab
dalam perumahan, beliau sedang mengenal pasti tapak lokasi sesuai untuk membina
lebih banyak projek perumahan rakyat termasuk lebih 500 unit rumah di Sabah
termasuk Kota Belud bagi memberi manfaat kepada penduduk berpendapatan
sederhana di negeri ini.
"Kementerian akan
mempercepatkan pembikinan rumah-rumah mampu milik untuk semua rakyat Malaysia
dan kami komited untuk memastikan projek-projek perumahan negara siap dengan
jayanya terutama lebih banyak projek perumahan rakyat di negeri ini,"
katanya.
Mengenai Kota Belud yang
akan muncul sebagai satu daripada empat kawasan jelapang padi baharu, beliau
berkata perisytiharan jelapang padi di dalam Belanjawan 2013 itu akan
meningkatkan sasaran lebih 10 tan metrik pengeluaran hasil padi sehektar yang
dijangka dicapai dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini.
Menurutnya perubahan
pembangunan yang pesat termasuk soal kemudahan asas dan infrastruktur seperti
sekolah, jalan raya, pasar tani baharu dan bekalan air bersih sejak beberapa
tahun lepas cukup membuktikan kemampuan Barisan Nasional (BN) dalam membawa
perubahan positif kepada rakyat Sabah.
Katanya kerajaan BN akan
terus mengeluarkan rakyat daripada kancah kemiskinan dan yang paling utama
menentang sebarang usaha yang dibuat oleh parti pembangkang yang hendak
menimbulkan huru-hara di negara ini.
"Kami daripada Barisan
Nasional menjanjikan lima tahun yang penuh gilang-gemilang kepada penduduk Kota
Belud, dan sesungguhnya usaha kami dalam menbawa pembangunan di sini nyata
dapat dinilai oleh rakyat sejak empat setengah tahun yang lepas," katanya.
Kota Belud yang terletak
kira-kira 70 km dari Kota Kinabalu berada di unjuran kaki Gunung Kinabalu telah
dipilih menjadi tuan rumah Pesta Kaamatan tahun ini yang juga menyaksikan
pelancaran Projek Pusat Sokongan Industri Minyak & Gas Teluk Usukan oleh
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Abdul Rahman, antara menteri
baharu yang dilantik di dalam Kabinet Persekutuan, yang membariskan enam
menteri dan empat timbalan menteri dari Sabah. (Bernama)
MEMANG SUKAR UNTUK JADI PEMIMPIN TAPI APA YANG PENTING, TERUS BERUSAHA BERKHIDMAT TERBAIK PADA RAKYAT
ReplyDeleteRahman Dahlan mengakui cabaran bakal dihadapinya apabila dipilih menerajui sebuah kementerian adalah amat besar dan mencabar, namun sedikitpun tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.
TAHNIAH KEPADA DARD..PASTIKAN PEMBANGUNAN TERUS BERKEMBANG TERUTAMA DI KOTA BELUD.MANDAT YANG DIBERI BERMAKNA, RAKYAT PERCAYA PADA ANDA!
ReplyDeleteBeliau yang merupakan muka baharu barisan Kabinet berazam akan membalas kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan penduduk Kota Belud kerana memilihnya dalam PRU-13 untuk menjadikan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan antara yang terbaik.
Semoga beliau benar dapat memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat di Sabah.
DeleteAMANAH PERLU DIPEGANG DAN DILAKSANA SEBAIKNYA.JANGAN SEKALI-KALI LUPA BILA BERADA DI ATAS
ReplyDelete"Syukur kepada Allah SWT atas pelantikan ini. Ini bukannya satu kebanggaan tetapi merupakan amanah terbesar yang harus ditunaikan dengan penuh jujur, ikhlas dan jujur.
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS. APA YANG BAIK YANG SUDAH DILAKSANA PASTI AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG LEBIH BESAR.
ReplyDelete"Jawatan ini juga merupakan hadiah pengiktirafan Kerajaan Pusat terhadap kesetiaan dan sokongan tidak berbelah-bahagi rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.
Rakyat di Sabah masih memberi sokongan kuat kepada BN.
DeleteBERKHIDMAT YANG TERBAIK BUAT RAKYAT.
ReplyDeleteSeorang lagi muka baharu dari Sabah yang memegang jawatan menteri selain Abdul Rahman ialah Datuk Dr. Ewon Ebin yang dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.Ewon yang juga Ahli Parlimen Ranau menyifatkan pelantikan itu sebagai satu penghormatan terbesar baginya sejak menceburi bidang politik.
JANJI DITEPATI, RAKYAT AKAN TERUS PERCAYA DAN MEMBERI SOKONGAN
ReplyDeleteBeliau berjanji akan membalas kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok dengan sebaik-baiknya.
INILAH KELEBIHAN YANG DIPEROLEH JIKA MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK.DARI JAWATAN KECIL HINGGALAH DIBERI TANGGUNGJAWAB YANG LEBIH BESAR.
ReplyDelete"Ini adalah satu cabaran baharu buat saya, sebelum ini saya menjaga hal ehwal luar bandar ketika menjadi menteri di peringkat kerajaan negeri Sabah tetapi kini saya menjaga bidang baharu pula iaitu teknologi," katanya.
BAGUSLAH..MAKIN RAMAI PEMIMPIN SABAH YANG DIBERI PELUANG, HARAP-HARAP MAKIN KUAT SUARA UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT SABAH
ReplyDeleteSenarai Kabinet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri menyaksikan 10 pemimpin dari Sabah tersenarai dengan enam daripadanya memegang jawatan menteri dan empat lagi dilantik sebagai timbalan menteri.
Kabinet baru ini akan meneruskan perjuangan bersama transformasi negara.
DeleteTAHNIAH KEPADA PEMIMPIN WANITA NI.WANITA TIDAK KURANG HEBATNYA UNTUK MENJADI PEMIMPIN SEBENARNYA.APAPUN, SEMOGA ROSNAH AKAN BERKHIDMAT YANG TERBAIK BUAT RAKYAT.
ReplyDeleteDalam pada itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Kementerian Kerja Raya), yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kesihatan mengakui, tugas yang bakal dihadapi amat mencabar kerana memerlukannya berurusan secara terus dengan rakyat terutama yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur.
Semoga semua pemimpin Sabah akan terus bekerja keras dan akan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Ingat mandat yang rakyat berikan pada pru-13 lalu.
ReplyDeleteRakyat harus sentiasa diutamakan.
ReplyDeleteIsu kemiskinan memerlukan usaha semua golongan termasuk kerajaan dan rakyat sendiri.
ReplyDeleteKB pasti akan dpt dimajukan
ReplyDelete