KOTA KINABALU: Satu daripada
nombor dalam perbualan telefon yang dipintas oleh polis adalah kepunyaan anak
lelaki anggota polis yang dibicarakan kerana menyembunyikan maklumat mengenai
aktiviti keganasan, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Lahad Datu ASP Ang Seow Aun, yang juga pegawai penyiasat kes, berkata
nombor 0138888359 didaftarkan atas nama Mohd Esham Hassan.
"Berdasarkan siasatan
saya, pemilik nombor itu ialah anak lelaki tertuduh," katanya.
Ang memberi keterangan pada
perbicaraan Detektif Koperal Hassan Ali Basari kerana menyembunyikan maklumat
mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis
Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.
Pertuduhan mengikut Seksyen
130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau
denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya,
Datuk Mohd Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah beliau menerima permohonan
daripada Supt Anwar Ahmad dari ibu pejabat Cawangan Khas di Bukit Aman untuk
memintas perbualan telefon seorang anggota polis pada 15 Februari.
Beliau berkata, pintasan
komunikasi itu diperlukan untuk memperoleh maklumatkeselamatan dan memastikan
hubungan tertuduh dengan penceroboh Kampung Tanduo.
Pendakwaan menutup kes
selepas mengemukakan 18 saksi.
Hakim P. Ravinthran
menetapkan 4 Julai untuk mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan
pembelaan. (Bernama)
Sejumlah 29 individu yang didakwa dengan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti keganasan di Sabah termasuk melancarkan perangan terhadap Yang dipertuan Agong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi
ReplyDeleteSeramai 25 orang yang tidak mengaku bersalah di Mahkamah tinggi Kota Kinabalu manakala empat lagi Basad H. Manuel, Binhar Salid Akhmad, Anwar Salid Akhmad dan Islami Yassin sudah didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau.
ReplyDeleteSementara itu seorang lagi tertuduh, Habil Suhaili yang tidak dapat datang kerana sedang menjalani rawatan di Hospital Tawau akan direkodkan pengakuannya pada 12 Julai di Tawau.
ReplyDeletePeguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memohon kepada mahkamah supaya semua tertuduh dibicarakan bersama.
Antara 29 individu yang hadir di mahkamah ialah seorang wanita tempatan yang berdepan kemungkinan penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan, kerana didakwa memberi perlindungan kepada sekumpulan pengganas.
ReplyDeleteNorhaida Ibnahi, 46, didakwa melindungi sekumpulan pengganas antara 9 Feb dan 22 Mac di sebuah rumah di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna.
Dua anak tempatan, Abd Hadi Mawan, 49, dan Abdul Majil Jubin, 41, didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.
ReplyDeleteAbd Hadi didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kampung Perigi, Semporna, antara 9 Feb dan 14 Mac manakala Abdul Majil didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lihak-Lihak, Semporna, antara 9 Feb dan 13 Mac.
Warga Filipina adalah antara tertuduh yang berdepan dua pertuduhan sama seperti Abd Hadi dan Abdul Majil.
ReplyDeleteDatu Amirbahar Hushin Kiram, Rijmal Salleh, Saidili Jaharul, Dani Ismail, Pabblo Alie, Mohamad Ali Ahmad, Basil Samiul dan Rizman Gulan didakwa melakukan kesalahan antara 9 Feb dan 10 April di Kampung Tanduo, Lahad Datu; Kampung Muanad, Beluran dan Jalan Lihak-Lihak, Semporna.
Mereka didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, kesalahan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas, satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika disabitkan.
ReplyDeleteTotoh Hismullah didakwa melakukan kesalahan sama antara 9 Feb dan 29 Mac di Kampung Simunul, Semporna.
ReplyDeleteTurut didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ialah Atik Hussin Abu Bakar, , Masir Aidin, Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, Salib Akhmad Emali, Al Wazir Osman alias Abdul, Tani Lahad Dahi dan Julham Rashid.
Mereka didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas bersama Aiman Radie, Lin Mad Salleh, Holland Kalbi dan Timhar Hadir.
ReplyDeleteDua lagi tertuduh, Kadir Uyung dan Lating Tiong, didakwa memberi perlindungan kepada sekumpulan pengganas manakala Salib Akhmad berdepan pertuduhan tambahan merekrut anggota bagi kumpulan itu.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Gani berkata beliau berharap mahkamah akan menetapkan venue yang lebih besar bagi perbicaraan itu memandangkan tahap keselamatan ketat diperlukan dalam memastikan prosiding berjalan lancar.
ReplyDeleteTertuduh dibawa ke kompleks mahkamah dengan menaiki empat trak polis.
Tiga belas daripada individu terbabit, termasuk wanita itu dan seorang tertuduh yang berkerusi roda, memakai ‘straight jackets’ dan topi hitam yang menutup mata mereka.
ReplyDeleteMahkamah diletakkan dalam kawalan keselamatan yang ketat sejak awal pagi, dengan dikawal anggota polis bersenjata di dalam dan sekeliling perkarangan mahkamah.
anak beranak pengkhianat
ReplyDelete