Monday 24 June 2013

SEJAK BILA SAIFULLAH JADI HERO?






Saudara Pengarang, 

SELAKU warga Semporna,  saya merasa terpanggil untuk memberikan respon mengenai artikel bertajuk 'Penduduk Bakong-Bakong Tolak Ramli' yang diterbitkan pada 21 Jun lalu.

Sebelum berhujah dan memberikan respon,  ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak mewakili mana-mana pihak. Namun saya hanya ingin memberikan ulasan secara jujur sejurus selepas membaca artikel itu.

Saya juga tidak berniat dan berminat untuk menjadi 'pengampu' seperti Naib Ketua Pemuda Cawangan Kampung Air Semporna 1 iaitu Saifullah Hisham.

Semua tahu bahawa beliau cuba datang 'melawat' ke Kampung Bakong-Bakong untuk menjadi hero yang berniat untuk 'memburukkan' ADUN Bugaya kami yang dikasihi,  Datuk Ramlee Marhaban.

Dalam masa yang sama beliau (Saifullah) cuba memperdayakan Pengerusi JKKK Kampung Bakong-Bakong untuk tujuan 'populariti' beliau.

Namun saya hairan kerana dalam masa yang sama Saifullah cuba 'memuji' Datuk Seri Shafie tapi mengkritik Ramlee. Sebenarnya tidak salah kita menegur pemimpin, tapi janganlah sampai 'menang sorak,  kampung tergadai'.

Saya tertanya-tanya apakah landasan sebenar perjuangan anak muda ini? Adakah untuk kepentingan rakyat atau sekadar untuk kepentingan peribadi? Mungkin juga beliau berminat untuk menjadi wakil rakyat kawasan Bugaya dalam PRU 14 nanti.

Sebagai penduduk di Semporna yang berasal dari kawasan Bugaya,  saya merasakan bahawa kita perlu pandang ke hadapan. Kita harus seiring untuk mengejar kemajuan.  Setahu saya Datuk Ramlee sering kerap kali ke kawasan,  eloklah jika hal ini dimaklumkan kepada beliau secara baik dan bukan dengan cara 'mengampu'.

Salam Hormat,

PENGUNDI SETIA BN

24 comments:

  1. tengok muka saja pun sudah nampak masih mentah.. disebabkan masih mentah, manalah dia tahu membezakan aktiviti membantu rakyat dengan mengampu atau mencari publisiti..

    ReplyDelete
  2. sejak kebelakangan ini, rajin betul budak ni turun padang menunjukkan muka di sabahkini.. dengan penampilan berkaca mata, nampak sangat tujuannya hanya untuk mendapatkan publisiti atau populariti.. bagus suruh budak ni cari kerja lain la..

    ReplyDelete
  3. kadang2 saya terfikir juga samada si Saifullah ni pro pembangkang atau BN.. dari segi bahasanya, dia lebih kepada pembangkang.. entah apa motif dia berada dalam umno..

    ReplyDelete
  4. kalau budak hingusan ni bertanding masa PRU14 nanti, rasanya tahu sudah apa keputusannya.. awal2 lagi dia sudah kena reject oleh pengundi..

    ReplyDelete
  5. "Semua tahu bahawa beliau cuba datang 'melawat' ke Kampung Bakong-Bakong untuk menjadi hero yang berniat untuk 'memburukkan' ADUN Bugaya kami yang dikasihi, Datuk Ramlee Marhaban."


    musykil betul dengan tujuan si saifullah ni.

    ReplyDelete
  6. ini yg dinamakan mementingkan diri sendiri. hanya tau mahu mempromosikan imej sendiri. belum apa-apa lagi sudah mau tunjuk taring yang belum tumbuh tu.

    ReplyDelete
  7. blajar dan timba pengalaman dari orang lama dulu. jgn kemaruk sangat mahu naik ke atas, kampung sendiri tergadai.

    ReplyDelete
  8. Yang menang sudah diisytiharkan menang dan yang kurang bernasib baik perlu terus berusaha dan berdoa jika masih berhajat tampil untuk berkhidmat kepada rakyat dan tanah air.Yang penting, perancangan mesti berjalan, kerja mesti diteruskan dengan sebaiknya tanpa diganggu oleh sebarang agenda atau masalah sampingan.

    ReplyDelete
  9. Tidak kira BN atau PR, mana-mana pihak yang menguasai negeri dan kawasan, Parlimen atau Dun, wajib mencari jalan terbaik dan segera untuk YB-YB menunaikan janji yang sudah dibuat kepada rakyat yang telah membuat pilihan mereka dengan penuh harapan.

    ReplyDelete
  10. Mereka yang menang sebagai wakil rakyat dan dipilih pula untuk mentadbir sama ada di peringkat negeri harus bersyukur dan sedar diri bahawa mereka masih hidup dan survive lagi di dalam bahtera politik.

    ReplyDelete
  11. Mereka dipilih oleh rakyat untuk berkhidmatlah dengan ikhlas dan tidak bermuka-muka berlakon atau sombong atau bongkak di hadapan rakyat.

    ReplyDelete
  12. Sepatutnya apa yang belaku di PRU13 ini banyak patut di jadikan pengajaran kepada sekalian YB, terutama merka yang memerintah, mereka tidak perlu lalai kerana jawatan yang ada pada mereka hanyalah untuk sementara sahaja.

    ReplyDelete
  13. Jika pemimpin lalai dan mabuk dengan kuasa tidak mustahil mereka akan dihumbankan rakyat dalam pru 14 yang akan datang.

    ReplyDelete
  14. Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyeru pembangkang agar berhenti daripada berpolitik kerana Pilihan Raya 2013 telah selesai, sebaliknya mereka perlu menumpukan kepada tugas-tugas sebagai wakil rakyat.

    ReplyDelete
  15. Beliau yang juga Menteri Pertahanan turut menjelaskan, tindakan pembangkang memboikot taklimat Dewan Rakyat di Parlimen semalam juga satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  16. “Sungguh tak bertanggungjawab. Bukan sahaja tak menghormati speaker dan proses sedia ada, kalau sekiranya mereka menghormati proses berparlimen dan cara nak mewakili rakyat, apa yang mereka lakukan umpama tidak ucap terima kasih kepada rakyat yang pilih mereka,” katanya.

    ReplyDelete
  17. Hishamuddin turut menjelaskan penumpuan kepada tugas sebagai wakil rakyat adalah lebih utama berbanding tindakan memboikot proses Parlimen.

    ReplyDelete
  18. “Cukup-cukuplah kita berpolitik ... ada negeri yang jatuh kepada pembangkang pun dah angkat sumpah, mereka nak buat kerja, tak puas hati pun dah buat petisyen,” katanya.

    ReplyDelete
  19. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memberi amaran kepada ahli Parlimen PR mereka akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya memboikot proses mengangkat sumpah pada 24 Jun.

    ReplyDelete
  20. “Kalau ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen,” katanya.

    ReplyDelete

  21. Jelas Pandikar Amin lagi, atas semangat demokrasi juga, speaker dan timbalan speaker berhak memboikot upacara mengangkat sumpah wakil rakyat PR.

    ReplyDelete
  22. “Tidak boleh angkat sumpah hari lain ... kecuali tidak datang atas sebab kesihatan yang tak boleh dielakkan,” katanya.

    ReplyDelete
  23. “Apabila kita angkat sumpah baru kita jalankan fungsi sebgai wakil rakyat,” katanya.

    ReplyDelete