KOTA KINABALU : Syarikat
Perumahan Negara Bhd (SPNB) Sabah bersedia membantu pembeli Pangsapuri Platinum
Putatan dekat sini yang ingin mendapatkan bantuannya menangi masalah caj yang
tidak dijangka, yang mereka perlu lunaskan.
Seorang jurucakap SPNB Sabah
berkata sesetengah pembeli itu kemungkinan tidak memahami kandungan perjanjian
jualan dan belian masing-masing.
"Ini boleh ditangani
mengikut kes tertentu kerana cajnya berbeza antara satu pembeli dengan satu
pembeli yang lain," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini Ahad.
Pangsapuri Platinum Putatan,
yang terdiri daripada lebih 1,000 unit, terletak di kawasan yang pesat
membangun di kawasan perbandaran Putatan.
Projek itu dilancarkan pada
2009 dan dilaksanakan oleh Kinsadana Sdn Bhd bagi pihak SPNB.
Bernama telah menerima satu
kenyataan dari sekumpulan pembeli yang tidak berpuas hati yang mendakwa mereka
dikenakan caj bayaran lewat dari pemaju semasa pergi mendapatkan kunci
pangsapuri masing-masing.
Para pembeli itu tidak dapat
memasuki pangsapuri baharu masing-masing sehingga mereka membayar caj lewat itu
serta merta, yang dikenakan berbeza antara RM2,000 hingga lebih RM6,000.
"Kami telah menerima
satu surat dari Kinsadana pada akhir Mei yang menyatakan kami boleh mengambil
kunci pangsapuri berkenaan kerana sijil menduduki (OC) telah dikeluarkan.
"Kami tidak menjangka
sama sekali pemaju akan mengenakan tindakan yang kejam itu (caj bayaran lewat)
semasa kami dijanjikan boleh mengambil kunci pangsapuri kami," kata pesara
Farid Abdullah.
Menurut Farid, selepas
menandatangani perjanjian jualan dan belian pada 2009 dan sesetengahnya pada
Disember 2011, mereka telah mendapatkan pinjaman bank dan transaksi pembiayaan
telah diuruskan antara bank, peguam dan pemaju, tanpa melalui pembeli.
Beliau percaya para pembeli
pangsapuri itu tidak bersalah kerana caj lewat itu dan berharap ia akan
dikecualikan. (Bernama)
senang cerita, jika caj lewat itu tidak dimansuhkan serta-merta, kembalikan saja semua bentuk pembayaran yang telah dibuat oleh pembeli.. jika awal2 lagi sudah wujud caj kejam ini, bagaimana pula selepas pembeli menduduki pangsapuri ini?? tentu lebih banyak caj yang tidak diketahui dari mana datangnya..
ReplyDeletePelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan rumah mesra rakyat di negeri ini akan diteruskan secara berperingkat-peringkat bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
ReplyDeleteDatuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah membelanjakan wang yang cukup banyak setiap tahun untuk melaksanakan projek kediaman bagi keselesaan golongan berkenaan.
ReplyDeleteBeliau berkata, secara purata, projek PPRT yang diluluskan oleh kerajaan negeri di setiap buah kampung dianggarkan sebanyak 10 unit dan agihan dilaksanakan mengikut keutamaan, manakala pemohon yang telah didaftarkan dalam e-Kasih perlu bersabar menunggu giliran.
ReplyDelete"Kerajaan negeri bukan sahaja melestarikan projek PPRT dan rumah mesra rakyat malah turut membaik pulih kediaman untuk golongan miskin.
ReplyDelete"Penduduk amat bertuah kerana mempunyai kerajaan Barisan Nasional (BN) yang prihatin dan sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita.
ReplyDeleteMenurut beliau, kerajaan negeri memberi jaminan penduduk miskin yang membuat permohonan rumah PPRT dan bantuan kebajikan lain menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan dipertimbangkan selari dengan aspirasi aku janji BN.
ReplyDeleteTerdahulu, Wan Rosdy meminta JKKK mengenal pasti keperluan infrastruktur yang perlu dinaik taraf khususnya jalan kampung untuk memudahkan penduduk membawa hasil pertanian ke bandar selain pelajar ke sekolah.
ReplyDelete"Boleh dikatakan semua jalan kampung di kawasan ini sudah disambung ke kawasan projek pertanian dan kediaman, manakala usaha membaik pulih laluan yang rosak akan diteruskan berasaskan laporan JKKK," ujarnya.
ReplyDeleteTambahnya, projek kemudahan asas khususnya di luar bandar akan direalisasikan secara berperingkat-peringkat kerana kerajaan negeri mempunyai mekanisme perancangan yang teliti untuk kebajikan dan keselesaan penduduk.
ReplyDeletePerumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya menyiapkan enam projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Sabah, sekali gus menyumbang kepada pembangunan perumahan untuk faedah rakyat negeri ini.(14 April 2013)
ReplyDeleteRMM yang siap itu ialah Apartment Tuaran Impian di Tuaran, Vista Seri Kiranau (Penampang), Vista Seri Melalin (Tuaran), Taman Layar Impian (Tuaran), Pangsapuri Maju Jaya (Kota Kinabalu) dan Taman Apas Permai, Batu 12, Jalan Apas, Tawau (Fasa 1).
ReplyDeleteMenurut kenyataan yang dikeluarkan SPNB, pada 5 Ogos 2008, impian pemilik Apartment Vista Seri Melalin, Mengkabong, Tuaran akhirnya tercapai setelah Sijil Layak Menduduki (SLM) diperolehi daripada Majlis Daerah Tuaran.
ReplyDeleteIni merupakan detik kejayaan SPNB dalam memenuhi janji kepada rakyat bagi menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) yang selamat untuk diduduki, kata kenyataan itu.
ReplyDeleteProjek Vista Seri Melalin, Mengkabong, Tuaran itu merupakan satu projek pembangunan Apartment Kos Sederhana yang berkeluasan 12.00 ekar.Projek perumahan itu terdiri 496 unit Apartment Kos Sederhana berkeluasan 850 kaki persegi, dan 10 unit kedai satu tingkat berkeluasan 1,000 kaki.
ReplyDeleteSetakat ini, SPNB, yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) dan menerajui program RMM, berjaya menyiapkan sejumlah 16,002 unit kediaman yang melibatkan 32 projek di seluruh negara.
ReplyDeletePenubuhan SPNB, antara lain, bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara.
ReplyDeleteSyarikat perumahan itu juga bertanggungjawab melaksanakan program RMM dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR1M) bagi memastikan golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman yang mampu dimiliki selain bertindak sebagai agensi pelaksana Program Pemulihan Projek perumahan yang terbengkalai serta penempatan semula kawasan berisiko banjir seperti mana yang telah diarahkan oleh Kementerian Kewangan.
ReplyDeleteSyarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memberi jaminan akan memberi pampasan kepada pembeli rumah jika projek gagal disiapkan mengikut jadual.
ReplyDeletePengarah Urusan SPNB, Datuk Kamarul Rashdan Salleh, berkata pihaknya bersetuju membayar pampasan kepada pembeli yang berhak iaitu mereka yang sudah menandatangani perjanjian jual beli serta mendapat pinjaman bank.
Antara projek perumahan SPNB di Sabah yang bermasalah ialah Putatan Platinum Apartment, Vista Minintod, Penampang serta beberapa projek di Lahad Datu serta Tawau. Semua projek itu lewat siap dari tarikh yang dijadualkan.
ReplyDeleteJumlah pampasan atau bayaran lewat siap (LAD) yang akan diberikan kepada pembeli yang berhak akan ditentukan sama ada mengikut harian, mingguan atau bulanan.
Katanya, 50 peratus daripada jumlah pampasan akan dibayar sebelum pembeli memasuki rumah, manakala bakinya pula selepas itu.
"Sebagai agensi kerajaan yang prihatin, SPNB memahami segala kesulitan pembeli seperti dalam soal kewangan apabila projek perumahan tidak siap mengikut tempoh sepatutnya.
ReplyDelete"Jadi, kita akan membayar pampasan kepada pembeli yang berhak bagi meringankan beban mereka. Inilah komitmen SPNB untuk membantu mereka," katanya ketika dihubungi BH, baru-baru ini.
Kamarul Rashdan berkata, pihaknya sedar rasa tidak puas hati pembeli rumah projek SPNB yang bermasalah dan meminta mereka bersabar.
"Pelbagai kritikan dilemparkan dan saya akui SPNB agak lemah dalam memberikan penjelasan kepada pembeli...banyak projek kita lewat atas sebab tidak boleh dielakkan seperti masalah pemindahan penduduk di tapak pembinaan. "Sehubungan itu, SPNB akan memperhebatkan usaha memberikan penjelasan kepada pembeli supaya mereka faham masalah dihadapi SPNB," katanya.
ReplyDeleteBerhubung projek SPNB di negeri ini tahun depan, Kamarul Rashdan berkata, pihaknya memfokuskan untuk melaksanakan projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) serta menyelesaikan projek bermasalah. "Menerusi Bajet 2013, kerajaan ada mengumumkan sejumlah peruntukan untuk SPNB melaksanakan projek perumahan di seluruh negara. Sudah tentu ada juga untuk Sabah. "Kita akan gunakan (peruntukan) untuk membina lebih banyak RMR1M dan menyiapkan projek bermasalah. Itu fokus SPNB di Sabah tahun depan," katanya.
ReplyDeleteSPNB mmg perlu bantu pembeli
ReplyDelete