GABUNGAN badan bukan
kerajaan (NGO) Islam hari ini menggesa kerajaan mewujudkan satu Suruhanjaya
Diraja bagi menyiasat kegiatan sekumpulan individu yang menggelarkan diri
mereka 'Red Bean Army'.
Ketua aktivis Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu
menyiasat secara terperinci kegiatan kumpulan itu yang dikaitkan sebagai
tentera siber pro-pembangkang dan didakwa menyebarkan mesej berbaur hasutan dan
fitnah bagi menggugat keamanan dan perpaduan negara ini.
"Kerajaan perlu
menyiasat perkara ini dan mengenal pasti siapa dalang di sebalik pertubuhan
'Red Bean Army' dan tindakan tegas perlu diambil jika mereka didapati
terlibat," katanya kepada pemberita di ibu negara hari ini.
Beliau berkata kewujudan
kumpulan itu amat membimbangkan kerana mereka mampu mempengaruhi pemikiran
rakyat khususnya golongan belia melalui medium siber, khususnya laman sosial.
"Kumpulan ini banyak
memainkan isu berkaitan perkauman dan kita takut mereka akan memecahbelahkan
perpaduan dan menghancurkan institusi dalam negara ini," katanya.
Nadzim berkata pihaknya akan
menghantar satu memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung
perkara itu secepat mungkin.
Bekas Setiausaha Eksekutif
Pemuda Kebangsaan DAP Shen Yee Aun, antara yang mendedahkan kewujudan 'Red Bean
Army' itu kepada media arus perdana dengan menggambarkan kumpulan itu sebagai
warga profesional yang memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang
kerajaan, tetapi juga rakyat biasa yang memberikan sokongan kepada Barisan
Nasional (BN). (Bernama)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Red Bean Army agar tampil memberi maklumat segera bagi membantu siasatan.
ReplyDeleteKetua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, sehingga kini siasatan masih dijalankan dan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang diperuntukkan.
ReplyDelete"Orang ramai diminta memajukan apa jua maklumat berkaitan perkara ini kepada pihak kami dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan.Elakkan daripada menyebarkan spekulasi di laman sosial yang boleh menjejaskan siasatan," katanya.
ReplyDeletePolis juga telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.
ReplyDeleteMenurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan Youtube.
ReplyDelete“Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan,” katanya
ReplyDeleteSumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.
ReplyDeleteRed Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.
ReplyDeleteUntuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mera BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.
ReplyDeleteSelain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.
ReplyDelete