By : Krew Sabahkini.net
IKLAN TENDER PROJEK.....hanya dipamir 3 hari sebelum tarikh tutup
Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) digesa agar menyiasat salahlaku Majlis Daerah Kuala Penyu dalam perlaksanaan
pemberian tender projek .
Pegawai Eksekutif Majlis
Daerah Kuala Penyu Cyrel Kissi disyaki telah banyak menyalahgunakan kuasa
eksekutifnya sehingga memberi tender projek kepada Kroni pilihan beliau tanpa
melalui prosedur yang sah!
Laporan demi laporan telah pun
dihantar kepada SPRM akhir tahun lalu namun tiada tindakan susulan mahupun
sebarang respon yang diberikan.
Menurut beberapa Kontraktor
yang dihubungi Sabahkini.net berkata, hampir kesemua para Kontraktor sah dan
berdaftar dalam daerah Kuala Penyu tidak lagi mendapat peluang memohon tender
terbuka daripada Majlis Daerah Kuala Penyu sejak Parti Warisan memerintah
negeri Sabah.