Friday, 2 October 2020

ANWAR PM TEPI TETAP DAN BERPENCEN?


By : Lucifer Morningstar


GAGAL.....tidak dapat rampas kuasa dari depan, sisi, 69, tonggeng, belakang...kini  terpaksa perjudikan nasib sabahan sebagai eksperimen politik Anwar Aljuburi


Kegagalan Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia baharu dilihat sebagai satu ketakutan dalam diri Anwar sendiri apabila pendirian Tun tidak berubah menyatakan bahawa Shafie adalah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan yang berkelayakan.


Anwar mengumumkan  bahawa beliau telahpun mendapat sokongan majoriti melalui bukti Statutory Declaration. Agak menggempakkan lagi apabila ahli-ahli UMNO mula menarik sokongan terhadap kepimpinan Muhyidin sebaliknya menyokong Anwar sebagai PM baru.


Keuzuran YDPA Malaysia yang secara kebetulan pada saat Anwar mengorak langkah PM Tepi disudahi dengan kegagalan, hanya setakat memanggil para Wartawan yang berakhir terpaksa pulang ke rumah beliau bukannya berganti jawatan ke Pejabat Perdana Menteri. 

Thursday, 1 October 2020

Pas berhak anggotai Kabinet Sabah


TUAN IBRAHIM TUAN MAN


KUALA LUMPUR: Pas berhak mendapat tempat bagi menganggotai Kabinet atau Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Sabah.


Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara ini telah dipersetujui di peringkat awal dalam semua parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana mengukuhkan lagi permuafakatan antara parti.


“Kami menyambut baik cadangan tersebut. Ia akan memperkuku muafakat politik. PAS akan menanti pengumuman rasmi dibuat.