Saudara Pengarang,
SAYA amat terpanggil untuk memberi komen bagi satu tajuk yang disiarkan di sini iaitu ‘Sabahkini.Net Akal Binatang?’ yang ditulis oleh Jebat. Nampaknya Sang Jebat amat marah dengan Sabahkini.net kerana dengan bertubi-tubi menyiarkan salahlaku yang dibuat oleh pegawai polis.
Suka saya nyatakan di sini, jika sekiranya perkara itu benar, buat apa mahu marah-marah kepada media alternatif seperti Sabahkini.net? Sepatutnya kita kena tengok diri sendiri dan kesalahan yang pernah dilakukan sebelum mengugut orang. Sepatutnya kuasa yang diberikan kepada Polis, kena guna betul-betul dan bukannya memeras ugut orang.
Jikalau Sabahkini.net tidak menyiarkan salahlaku polis, sampai bila nama PDRM akan buruk di mata masyarakat? Bagaimana Malaysia akan maju jika kita terus membiarkan pegawai polis MEMINTA RASUAH dan melakukan salah guna kuasa.
Sayapun ada pengalaman ditahan polis trafik, lalu polis itu meminta rasuah. Beginikah polis kita? Orang seperti Jebatlah yang merosakkan nama baik PDRM! (Baikkah nama PDRM)
Pada saya, kalau Sabahkini.net sudah tegur, Polis kenalah terima jika perkara tersebut benar, jika tidak Polis berhak saman Sabahkini.net.
Kalau sikit-sikit melatah, sampai bila mahu maju. Sabahkini.net tegur secara jujur dan polis wajar mendengar dan menjalankan siasatan rapi. Tetapi kalau terkena batang hidung sendiri, pandai-pandailah bawa diri kerana CCTV Tuhan ada di mana-mana sahaja sekalipun dalam bilik VIP Pub, Karaoke, KTV atau bilik urut!
Sekian, Salam Kemerdekaan,
LOPUNG
No comments:
Post a Comment