Saturday, 25 September 2010

ZAHIDA NAFI BERNIKAH DENGAN SHAFIE



“Saya tak kahwin pun dan masih tinggal dengan ibu bapa saya. Saya juga masih single and available. Saya memang tahu tentang penyebaran gosip itu di Internet tetapi saya hanya diamkan sahaja kerana bimbang nanti orang ingat saya sengaja hendak menggembar-gemburkan cerita itu. Pada hal gosip itu langsung tak betul. Saya nak tahu daripada mana sumber tersebut mendapat gosip itu kerana ia menyusahkan saya. Selepas ia tersebar, ramai kawan yang mengucapkan tahniah.”

PELAKON Zahida Rafik menafikan gosip-gosip di Internet bahawa dia sudah berkahwin dengan seorang ahli politik Malaysia di London baru-baru ini.

Mengakui dirinya tertekan dengan gosip tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu menegaskan gosip itu sudah pasti tidak disenangi oleh isteri ahli politik berkenaan.

"Mana ada saya kahwin? Tak baik gosip saya dengan dia. Kalau isteri dia percaya, saya juga yang susah," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Zahida diminta mengulas dakwaan kononnya dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan ahli politik berkenaan di London.

Perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung sebelum bulan Ramadan lalu. (Kosmo)

No comments:

Post a Comment