CAMPUR aduk politik dengan kerjaya sektor awam sudah pasti akan menjejaskan standard dan integriti perkhidmatan awam, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.
Katanya ini adalah kerana politik dan politiking sering mengundang pelbagai kompromi dan sentimen.
Bagaimanapun, Salleh berkata penjawat awam perlu memahami peranan ahli politik dalam memenuhi keperluan pengundi di kawasan pilihan raya masing-masing.
Ketika menyampaikan ceramah eksekutif Institut Tadbiran Awan Negara (Intan) di kampus Intan Sabah di sini Jumaat, katanya, ahli politik perlu mengetahui peranan penjawat awam kerana ada sebilangan mereka tidak mahir atau pengalaman dalam bidang tadbir.
Sekiranya ahli politik mengambil tindakan tertentu yang tidak betul maka penjawat awam atau pentadbir harus berani untuk menafikan permintaan mereka secara baik, katanya.
"Di sinilah, kemahiran komunikasi kepimpinan memainkan peranan dalam perkhidmatan awam," katanya pada ceramah yang dihadiri oleh pegawai jabatan dan agensi kerajaan pusat.
Salleh berkata hubungan bersepadu dan mesra antara pentadbiran dan ahli politik adalah penting bagi memastikan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Katanya ketua jabatan perlu tegas dalam membuat keputusan selaras dengan peraturan yang ditetapkan demi kebaikan bersama.
"Kadang-kadang sesuatu keputusan itu tidak menyenangkan pihak tertentu tetapi sebagai ketua jabatan, kita perlu menjalankan tanggungjawab kita dengan penuh integriti," katanya.
Beliau juga meminta penjawat awam dan ketua jabatan supaya meningkatkan kemahiran komunikasi bagi memastikan mereka dapat berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan untuk rakyat.
It's better if some things are not mixed together with politics.
ReplyDeleteJangan ambil kesempatan terhadap penjawat awam. Penjawat awam kena harus bertindak sekiranya terdapat kesilapan atau ketidak adilan yang dilakukan oleh ahli politik.
ReplyDeletelebih baik setiap perkara tidak dicampur adukkan dengan dunia politik.
ReplyDeleteapapun saya setuju dgn saranan Salleh yang meminta penjawat awam dan ketua jabatan supaya meningkatkan kemahiran komunikasi bagi memastikan mereka dapat berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan untuk rakyat.
ReplyDeletepenjawat awam tak seharusnya dilibatkan dgn politik bagi memastikan tidak timbul masalah dalam peranan penjawat awam.
ReplyDeletepara penjawat awam juga perlu meningkatkan kemahiran dan mutu perkhidmatan mereka.
ReplyDeletesaya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.
ReplyDeleteBerfikirlah untuk diri sendiri.
ReplyDeletehubungan antara penjawat awam dan ahli politik dalam urus tadbir demokratik adalah penting bagi menggalakkan satu persefahaman dan kerjasama yang lebih besar dalam menjayakan setiap dasar2 kerajaan sekaligus menerajui pencapaian wawasan negara.
ReplyDeletediminta para penjawat awam menjalankan tanggungjawab dengan lebih efisien lain kali.
ReplyDeleteBaik tak payah campur aduk kanlah.. biarlah dunia politik diurus oleh minda2 politik..
ReplyDelete