Tuesday, 1 March 2011

JANGAN DEDAHKAN IDENTITI SUSPEK!



Saudara Pengarang

SALAM sejahtera. Tahniah di atas keberanian Sabahkini.net memberi kesedaran kepada semua pihak. Tetapi, di sini saya ingin memberi pandangan tentang artikel 157787 Asreh mencemarkan imej Sabah. Saya hanya mengemukakan sebagai cadangan sebagai pembaca.

Saya berasa tidak sewajarnya kita mendedahkan identiti seseorang kepada khalayak ramai. Ini boleh mencemarkan maruah individu tersebut dan ini boleh menyebabkan menjadi isu yang besar. Adalah sewajarnya hanya memberitahu sekadar bukan nama sebenar @ sedikit tentang individu tersebut dan tidak seharusnya mendedahkan tentang peribadi seseorang.

Seharusnya, kita merupakan seorang rakyat Malaysia yang mempunyai undang-undang dan jika tidak berpuas hati seharusnya dilaporkan kepada pihak yang sepatutnya dan bukan dengan mendedahkan kepada orang ramai tentang identiti seseorang.

Saya bersetuju memang Sabahkini.net ingin mencari kebenaran dan saya turut menyokongnya. Bagaimanapun, hal seperti ini tidak seharusnya didedahkan kepada umum kerana kita tahu kepada pihak mana seharusnya dilaporkan. Mungkin individu ini (Asreh) tidak mengetahui akan tentang Sabahkini.net memaparkan cerita tentang beliau, tetapi bagaimana sekiranya beliau dapat tahu?

Cuba untuk berfikir akan kesan kepada Sabahkini.net juga. Mungkin ini boleh menimbulkan lagi masalah besar. Saya tidak menyokong mana-mana pihak kerana saya tahu Sabahkini.net juga berniat untuk memberi kesedaran kepada rakyat. Saya berharap perkara seperti ini boleh diatasi di masa akan datang.

Salam Hormat,

PURPLE PEOPLE

9 comments:

  1. You're right, Purple People. It is better to report it to the relevant authorities to assure the credibility of the story first.

    ReplyDelete
  2. yup.. berita tersebut belum tentu benar dan ia boleh mencemarkan nama baik individu tersebut.

    ReplyDelete
  3. ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh purple people.

    ReplyDelete
  4. Sebaiknya biarlah suspek itu dirahsiakan. Kita perlulah menjaga nama baik orang dan nama baik kita sendiri.

    ReplyDelete
  5. bagi saya ada baik dan buruknya kita mendedahkan identiti seseorang. tujuannya untuk mengelakkan orang lain dari menjadi mangsa selain dari memberi pengajaran kepada pihak yang ditujukan. yang buruknya ialah apabila pendedahan yang dibuat itu adalah fitnah semata2.

    ReplyDelete
  6. kalau tidak mahu identiti didedahkan, jangan la buat kerja2 jahat atau apa sahaja tindakan yang luar biasa.

    ReplyDelete
  7. Whatever reported should be investigate first.

    ReplyDelete
  8. Suspek juga berhak mendapatkan peluang kedua. Kalau mendedahkan mereka seperti ini, susah untuk mereka bangkit lagi.

    ReplyDelete
  9. Lagi kesian kalau dakwaan itu langsung tidak betul, suspek itu kena fitnah.

    ReplyDelete