Thursday 17 March 2011

JUMAT IDRIS MULAKAN LAWAK BODOH?


Oleh: MEDIA PAS SABAH

BADAN Perhubungan Pas Negeri Sabah ingin merujuk kepada laporan akhbar Utusan Borneo bertarikh pada 16 Mac 2011 pada muka surat 2 yang bertajuk ‘PAS guna Masjid, Surau Sebar Politik kata Jumat’, menyifatkan Ketua UMNO Sepanggar, Jumat Idris, membuat 'lawak bodoh'..

Ingin ditegaskan bahawa PAS Sabah tidak pernah mempunyai ahli yang bernama Ag Hanafi Pg Tajudin dan cawangan PAS Kg Rampayan serta ahli berjumlah 50 orang. Oleh yang demikian Kenyataan bahawa ahli PAS keluar parti dan cawangan dibubar adalah tidak benar sama sekali.

PAS juga ingin menafikan ada menubuh Sekolah Tahfiz di Bandar Sierra Kota Kinabalu sepertimana yang didakwa. PAS tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sekolah tersebut.

Berhubung tuduhan PAS menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik, PAS ingin mencabar kepada UMNO dengan memberi bukti-bukti bahawa UMNO tidak terlibat langsung dan tidak langsung menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik bagi kepentingan UMNO.

PAS Sabah akan terus berjuang membela nasib dan hak-hak rakyat negeri ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi negeri Sabah yang tercinta.PAS menyeru kepada rakyat negeri ini agar membuat perubahan politik dan seterusnya menafikan Sabah negeri simpanan tetap Barisan Nasional.

1 comment:

  1. Dato Jumat, pandangan Dato ni bagus.. namun, Dato harus bermuafakat dan sama pandangan dengan CM. CM pon bertenang dan cukup terbuka hal2 dakwah Islam. bukan semua kami ini PAS. spt Sabahan lain kami amat menghormati CM. kami bersama CM dan menolak unsur2 PAS yg mengikut pandangan ramai ulama perjuangan mereka tersasar dan sentiasa suu dzon @ mufarokah dgn umarak. HAL INI MIMANG KAMI NDA SUKUNG BAA. sedihnya, Dato Jumat ini sentiasa memandang buruk sama ulun lain

    ReplyDelete