Sunday 20 March 2011

KEMELESETAN EKONOMI MEMBELENGGU SABAH



Oleh: DR HIEW KING CHEU

Yang di-pertua,

SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong kerana mengambil perhatian yang berat atas kesejahteraan negara dan rakyat baginda. Tentu saja, sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya perlu bercakap untuk kesejahteraan dan hak-hak rakyat Sabah dan di Parlimen adalah tempat yang terbaik untuk menyuarakan masalah dan permintaan dari semua rakyat Sabah.

Kita, di Sabah menghadapi banyak dugaan dan pelbagai masalah. Memang benar bahawa kita memang diketepikan, diabai dan kadang-kadang telah dilupakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh Sabah telah menjadikan Sabah dikenali sebagai ‘Negeri Termiskin di Malaysia’. Ini telah ditunjuk jelas Sabah mempunyai kemiskinan yang tertinggi, pendapatan tahunan yang sangat rendah, perkembangan industri terbelakang, pekerja tempatan berkerja di luar Sabah, kekurangan profesional, tidak ada pelaburan asing baru dan kekurangan pertumbuhan ekonomi.

Walaupun Sabah kaya dengan sumber minyak dan gas, tetapi dengan hanya 5% diberi kepada Sabah, Sabah tidak dapat membuat perubahan dan kemajuan yang sempurna. Sejak Perjanjian Petronas dengan Sabah dibuat lebih kurang 33 tahun dahulu, kita hanya dapat jumlah peruntukan yang sangat kecil iaitu RM5.3 bilion daripada 5%, sedangkan sisa wang dari lapangan minyak kami semua pergi ke Persekutuan.

Mengapa Perjanjian Petronas masih tidak dikaji semula untuk membolehkan Sabah memiliki peratusan lebih besar dari sumber alam ini. Beri kepada kita 10% bahagaian dan ini akan membantu ribuan rakyat Sabah mendapat pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan, meninggikan taraf dan membina masa hadapan yang cerah.

Masalah-masalah pendatang tanpa izin di Sabah telah berkembang menjadi dilema situasi ‘suka dan benci’. Kita tidak mahu mereka datang ke negeri kita untuk menambah masalah Sabah; membawa wang kami ke luar negeri, merompak rakyat kita, merogol gadis-gadis kami, mencuri dari kami, membuat masalah sosial, mengedar dadah dan pelbagai jenayah, tapi kami tidak boleh mengutuk semua mereka ini, kerana sudah menjadi kebiasaan di Sabah untuk menggunakan PTI untuk membantu membuat kerja kami dalam segala aspek dan juga kerja di rumah kita.

Cuba bayangkan apakah isteri anda akan tanya apabila pembantu rumah anda seperti dari Indonesia berhenti kerja. Ladang-Ladang kami di Sabah sangat bergantung kepada kekuatan tenaga pekerja asing dan jumlah pekerja asing adalah hampir 700,000, Majoriti mereka adalah PTI.

Ada yang mempunyai dokumen ada yang dan ada yang tidak. Bagaimana jika pekerja-pekerja berhenti kerja atau ditangkap dan dihantar balik? Saya minta Kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk mengkaji masalah PTI dan mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah sepanjang masa ini.

Pengeluaran MyKad kepada orang asing dan menjadikan mereka sebagai warganegara bukanlah sesuatu isu yang baru di Sabah dan ramai ‘bumiputera baru’ telah menjadi pemilih dan boleh mengundi.

Sudah banyak kes telah didedahkan dan banyak buku telah dikeluarkan tentang perkara ini. Apakah cadangan yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap perkara ini?

Sebenarnya kami di Sabah menghadapi situasi dalam pengeluaran makanan dan keselamatan. Kami telah banyak dengar bahawa kerajaan Persekutuan akan memberi keutamaan pengeluaran makanan terutama dalam projek Jelapang Padi di Kota Belud dan Kota Marudu.

Tetapi hingga hari ini, kita belum nampak apa-apa pembangunan dan peningkatan bagi pengeluaran padi setakat ini. Kami masih bergantung kepada beras import. Apa yang terjadi jika makanan import dihentikan kerana masalah tertentu, apakah kita akan menghadapi kelaparan?

Ini benar-benar tidak ada kawalan ke atas bekalan makanan kita di Sabah dan ini adalah sebenarnya tanggung jawab bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Sila ambil perhatian yang berat ke atas perkara ini dan ini adalah suatu pekara yang sangat merunsingkan semua rakyat Sabah.

Di antara masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah adalah infrastruktur yang buruk dan semua pun tahu betapa buruknya situasi itu. Kami masih mempunyai banyak projek jalanraya di bawah RMK8 dan RMK9 yang belum bermula dan masih menunggu peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Masalah banjir kilat di seluruh Sabah yang tidak dapat diselesaikan; terutama di Beaufort, tetapi sekarang kita boleh lihat di Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Kota Marudu dan Kota Kinabalu juga menghadapi banjir. Banyak aset hilang, bahkan nyawa pun turut hilang. Adakah kerajaan akan membantu kita untuk menyelesai perkara banjir ini atau mereka fikir ini adalah kejadian biasa dan Sabah boleh menyelesaikan sendiri tanpa masalah.

Demi segi perkembangan industri, kerajaan seolah-olah tidak mengambil berat dan usaha untuk menggalakkan pelabur asing datang untuk melabur di industri kita yang berpotensi untuk mendapat keuntungan tinggi, seperti minyak sawit, kayu, minyak dan gas dan banyak sumber daya alam yang lain.

Kerajaan harus membantu untuk menjemput pelabur asing untuk datang ke Sabah dengan cara memberikan insentif, hak istimewa, pembebasan cukai dan tanah percuma jika diperlukan. Yang paling penting adalah untuk mendapatkan bekalan tenaga dan air yang cukup untuk menyokong industri.

Sampai saat ini kita masih memiliki bekalan tenaga yang sering tergendala dan kekurangan air di bandar-bandar di Sabah. The ‘Cabotage’ dasar merupakan balangan besar bagi pembangunan industri dan ini bukan hanya mengahalang dan menghentikan pelabur industri asing untuk datang ke Sabah, tetapi mempengaruhi harga barangan. Tibalah masanya Kerajaan harus mempertimbangkan kembali dasar ini dan cari jalan untuk penyelesaian yang lebih layak.

Saya menyokong kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Simon Sipaun atas situasi Sabah dahulu dan sekarang, memang dia berani membuat kenyataan dan ini adalah sesuatu yang kami di Sabah turut mengalu-galukan.

Dari ucapan saya di sini, saya secara ringkas mencerminkan hanya beberapa dari keluhan dan isu yang dihadapi oleh rakyat Sabah. Untuk menjelaskan secara ringkas, kita sekurang-kurangnya 15 tahun terkebelakang jika dibandingkan dengan Semenanjung.

Kampung kami masih merupakan kampung yang ketinggalan selepas 48 tahun bersama Malaysia, tidak ada perubahan sama sekali. Sementara kampung di Semenanjung sudah berubah menjadi bandar-bandar besar dan bahkan menjadi pusat industri dan pelancongan. Kami mengalami segala kekurangan dan memerlukan banyak dana untuk pembangunan.

Dengan ini, saya akan menamatkan ucapan saya di sini dan berharap para pemimpin Persekutuan boleh membuat perbincangan bersama dan berfikir secara mendalam sama ada Sabah diberi bantuan untuk menghormati Perjanjian Malaysia atau tidak dan ini hanya untuk mengingatkan bahawa pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi dan rakyat Sabah akan membuat keputusan mereka.

Datuk Speaker, Terima Kasih.

8 comments:

  1. sabah sebenarnya mamt bepotensi untuk dibangunkan, pelaksanaan pembangunan yang tidak sistematik menyebabkan pembangunan tersebut lambat.

    ReplyDelete
  2. Sabah sebenarnya telah banyak berubah namun masih banyak yang perlu dilakukan. harap negeri ini akan terus dibangunkan agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  3. Banyak lagi yang harus dilakukan untuk membuatkan Sabah membangun. Sabah memerlukan lebih banyak peruntukan.

    ReplyDelete
  4. Semua perlu meletakkan keutamaan kepada pembangunan dan sudah tiba masanya untuk kita meminta lebih.

    ReplyDelete
  5. Maka kerajaan persekutuan haruslah melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. Kita tidak mahu rakyat nanti bosan dan berpaling tadah dengan pembangkang nanti. Menyesal kemudian tidak berguna. Maka sebelum menyesal lakukan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  6. projek jelapang padi tidak patut dimasukkan dalam ucapan ini kerana penduduk Kota Belud sendiri yang menentang pelaksanaan projek ini dan disokong kuat oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  7. kerajaan persekutuan sepatutnya memberi kelebihan kepada Sabah dan sarawak dari segi peruntukan memandangkan kedua2 negeri ini adalah yang terbesar di malaysia malah penyertaan Sabah dan sarawak adalah sebagai sebuah negara, bukannya negeri.

    ReplyDelete
  8. There are still need of more efforts to combat poverty and improve Sabah's economy.

    ReplyDelete