SAMPAI…. Rombongan PBRS diketuai oleh Puan Sri Melinda Kurup menyampaikan sumbangan kepada keluarga Eric, yang kehilangan sebuah rumah akibat terbakar baru-baru ini.
Oleh: ROZIE JUMAT
KESUSAHAN yang menimpa seorang pesara kerajaan disebabkan kehilangan sebuah rumah dalam satu kebakaran di Keningau, turut dikongsi rasa oleh Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Selasa lalu, pesara Jabatan Air, Eric @ Saimon Umbol, 68, kehilangan rumah di Rumah Murah, di Kampung Tuarid Taud.
Jiran Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup itu kehilangan semua harta namun tetap bersyukur kerana nyawa mereka sekeluarga selamat dalam musibah itu.
Dalam satu kunjungan oleh rombongan PBRS yang diketuai oleh Puan Sri Melinda Kurup, Eric dan isterinya, Catherine Anggal yang kini menumpang sementara rumah saudara di Kg.Binaong, tidak dapat menahan sebak atas ingatan tersebut.
Puan Sri Melinda Kurup, berkata, kunjungan itu selain memberikan sumbangan untuk meringankan beban semasa berhadapan dengan kesusahan itu juga adalah untuk bertujuan memberikan penghiburan kepada jirannya. Turut hadir ialah Ketua Bahagian PBRS N.33 Bingkor, Paul Mansiw dan Biro Kebajikan PBRS.
No comments:
Post a Comment