Wednesday, 16 March 2011

POLIS SALAH 'PARKING', TAPI SAYA KENA SAMAN?



HALAL...Kenderaan Polis yang digunakan oleh anggota Trafik itu diHALALkan diletak di atas garisan kembar kuning di bahu jalan di kawasan bandar Fajar Tawau.

Saudara Pengarang,

KELIBAT tiga orang anggota Polis trafik wanita yang menyaman pemandu kenderaan awam di kawasan premis bangunan kompleks Fajar di bandar Tawau kelmarin (15 Mac 2011) bolehlah mendapat pujian; tetapi sedihnya didapati kenderaan Polis yang digunakan oleh anggota Polis itu pula diletakkan di kawasan yang tidak sepatutnya, iaitu di atas garisan kembar kuning di bahu jalan.

Kawasan Fajar itu diakui sentiasa sesak apabila hari bekerja (Isnin hingga Sabtu). Tiga anggota Polis itu dilihat memerhati pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar memberhentikan kenderaan dan serta-merta menyaman mereka di tepi jalanraya.

Saya tidak terkecuali daripada dikenakan saman kerana kesalahan 'tidak memakai tali pinggang keledar'.

Saya ke kawasan Fajar off Jalan Haji Karim yang menempatkan sebuah bank untuk membayar ansuran kereta pada pagi selasa, kira-kira jam 10 pagi.

Saya sememangnya pada mulanya dari rumah lagi memandu memakai tali pinggang keledar. Sampai di kawasan Fajar di bandar Tawau, kelihatan banyak kenderaan berbaris panjang, sesak jalan raya di sana. Mungkin pemandu mencari lot parkir yang masih kosong untuk meletak kenderaan. Namun, lot parkir penuh.

Apabila tiba di Jalan Haji Karim, kawasan di bandar Fajar itu, kelihatan tiga orang anggota Polis trafik wanita berdiri di tepi premis bangunan dan memerhati pemandu. Mereka dilihat menahan kenderaan dan menyaman pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar ketika itu di situ.

Disebabkan beberapa kali berpusing (dalam lima hingga enam kali) mengelilingi kawasan Fajar untuk mencari lot parkir, saya kemudian membuka tali pinggang keledar kerana berasa 'rimas' dan tidak selesa dengan keadaan kesesakan lalulintas di sana.

Kali pertama saya terserempak dengan anggota Polis trafik di kawasan itu, saya masih memakai tali pinggang keledar dan kenderaan yang saya pandu tidak ditahan. Namun kali ke lima selepas berpusing beberapa kali sekitar bangunan Fajar untuk mencari lot parkir, saya kemudian ditahan oleh salah seorang anggota Polis berkenaan. Saman dikenakan.

Dalam masa sama, saya melihat kenderaan polis yang digunakan oleh anggota trafik itu diletak di bahu jalan atas garisan kuning berkembar. Bukankah kenderaan Polis itu jelas melanggar peraturan lalulintas kerana ‘tersalah parking’?. Selepas memberi saman kepada saya, saya meneruskan pusingan sekitar bangunan Fajar itu untuk mencari lot parkir.

Apabila sampai semula di kawasan anggota trafik berkenaan membuat pemantauan dan berdiri di tepi bangunan di sana, saya sudah mendapati kelibat (anggota trafik) itu tidak ada dan kereta Polis yang 'tersalah parking' itu juga sudah beredar dari situ.

Persoalannya, jika pemandu kenderaan awam boleh disaman, mengapa kenderaan Polis sesuka hati diletak sembarangan dan bukan di lot parkir?

Bukankah tugas Polis adalah untuk mendidik pemandu kenderaan dan dalam masa sama menguatkuasakan undang-undang? Tetapi sedihnya, ada masih di kalangan penguatkuasa itu ‘tidak tahu peraturan lalulintas’ kerana meletak kenderaan di bahu jalan dan di atas garisan kuning berkembar (Lihat gambar di atas).

Semoga kesilapan anggota penguatkuasa ini tidak berulang kerana jangan sampai masyarakat/pengguna kenderaan lain berkata: "Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul"

Salam Hormat,

IBRAHIM TABIR

13 comments:

  1. polis ingat di RAJA di 1malaysia,,itu masaalahnya,,

    ReplyDelete
  2. I'm not sure about this. It is my perception that traffic police, police and ambulance can park wherever that is convenient to them while on duty. Please correct me if I'm wrong.

    ReplyDelete
  3. apa yg ada dalam pengetahuan saya, kereta Polis, termasuk trafik, ambulan, Bomba boleh meletakkan kenderaan di kawasan bahu jalan termasuk di atas garisan kuning berkembar apabila berlaku situasi seperti KECEMASAN atau seumpamanya termasuk mengiringi menteri dalam protokol lalulintas..
    dan BUKANNYA mungkin untuk membuat pemeriksaan kenderaan sama ada "roadblock" apatah lagi jika dilakukan di kawasan sesak seperti bandar yang dipenuhi kenderaan lalu-lalang.

    ReplyDelete
  4. bagi hal ini, Pihak polis kena tunjukkan contoh yang baik kepada pengguna jalan raya.

    ReplyDelete
  5. pengguna tersebut memang wajar disaman kerana melakukan kesalahan. selain itu, kenderaan polis juga haruslah memberikan contoh yang baik kepada pengguna jalan raya yang lain.

    ReplyDelete
  6. Mungkin memang kesalahan polis juga kita perlu perbetulkan. berikanlah contoh yang baik kepada pengguna jalan raya.

    ReplyDelete
  7. walaupun kenderaan polis trafik mempunyai keistimewaan tapi ia hanya boleh diguna pakai pada situasi tertentu. dalam kes diatas, polis trafik itu juga patut dikenakan saman..

    ReplyDelete
  8. Kenapa tidak cakap saja depan2? Mereka pun manusia, mahu takut apa? Terang-terangan ada no plat kereta, apa lagi pergi buat laporan.

    ReplyDelete
  9. Jangan biarkan mereka ni. Terlalu asyik meneliti kesalahan orang tapi kesalahan sendiri 'tutup mata'.

    ReplyDelete
  10. bagaimanakah caranya rakyat nak saman polis trafik yg melakukan kesalahan trafik? ada tips kah....?

    ReplyDelete
  11. Patut ni org ambil gambar, bw p balai. Kasi tunjuk bkn dia pnya salah.

    ReplyDelete
  12. Say a baru balik dari menonton Maybank Malaysian Open final. Tengah hari tadi, kerana lelampau banyak kerete ke tempat KLGCC, tempat parking sereta jalan ke club house memang sesek dengan kereta. Persimpangan masuk ke kelab golf di block oleh trafic police dan kereta kami di arah parking di tepi jalan. Masa itu memang sudah banyak kereta yang telah parking di tepi jalan mengikut arahan polis trafik yang menjalankan tugas di masa itu. Tapi yang aneh nya selepas kami semua balik dari Malaysian open final yang di tupup rasmi oleh ketua menteri kita, kami dapati semua kereta yang parking di tepi jalan sudah kena saman oleh kempulan trafik polis yang lain. Bila kena tanya polis bekenaan kata dia hanya menjalankan tugas dan kempulan trafik yang awal tidak memberi tahu dia pasal kebendaran untuk kami parking di temat tersebut....
    Tidak faham kenapa polis benarkan parking tapi selepas itu dia orang juga bagi saman... Inikah cara polis kita berkerja.. Main buat suka hati... Saman bila suka!.. Di antara mereka tidal ada langsung komunakasi...

    ReplyDelete
  13. Harap perkara ini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa.

    ReplyDelete