Saudara Pengarang,
SEBAGAI Ahli UMNO, saya terpanggil untuk mengulas ucapan Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Haji Noor semasa berucap merasmikan Majlis Penyerahan Peralatan Dapur kepada ketua-ketua Wanita UMNO Tuaran di perkarangan rumah Ketua Wanita UMNO Tuaran, Jamaliah Antalip.
Hajiji meminta ahli-ahli parti menjauhi sikap pentingkan diri, tamak dan mengadu domba kerana sikap sedemikian adalah dikeji dan tidak membawa apa-apa makna, melainkan perpecahan sesama ahli dan parti.
Dengan lahirnya ucapan yang bukan berisikan harapan perpaduan kepada ahli, yang datangnya dari seorang pemimpin seperti Hajiji, sepatutnya beliau menjadi contoh kepada ahli terhadap tindakan dan perbuatannya.
Namun apa yang saya dapat simpulkan sebagai ahli UMNO di Tuaran, sejak sekian lama saya menjadi ahli UMNO Tuaran, tidak adapun ahli yang pentingkan diri melainkan setia menyokong pemimpin UMNO seperti Hajiji telah beberapa kali menang dalam pilihanraya lepas oleh kerana sokongan padu ahli UMNO.
Kalau ahli UMNO pentingkan diri, menangkah Hajiji atau UMNO di Sulaman? Oleh sebab tidak pentingkan dirilah, maka ahli menyokong UMNO dan Hajiji dan menang beberapa penggal sebagai ADUN dan sekaligus dilantik menjadi menteri. Siapa sebenarnya yang penting diri mahu berkuasa, pemimpin atau ahli?
Sesungguhnya apa yang selama ini saya nampak, Hajiji bukan sahaja pentingkan diri sendiri, malah pentingkan kuasa sehingga sanggup mengunting ahli, bukan dalam lipatan, tetapi secara terang-terangan.
Sebagai contoh, kalau dia dapati ada ahli yang tidak menyokong kepimpinannya, maka tindakan dipecat dari jawatan akan dilakukan. Perbuatan Hajiji pentingkan diri lebih dari parti ditunjukkannya dengan nyata dan terang apabila dia memecat beberapa orang ahli UMNO Tuaran yang memegang jawatan politik, hanya kerana dalam pemilihan Timbalan Ketua Bahagian lalu mereka tidak menyokong kehendak Hajiji. Mengapa mereka dipecat walhal mereka ahli dan penyokong kuat parti. Mengapa ini terjadi?
Bukankah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pertemuan dengan kepimpinan UMNO seluruh negara baru-baru ini ada menyatakan persaingan dalam parti adalah perkara biasa.
Jadi jika ada ahli tidak menyokong kepimpinan Ketua Bahagian, tidak sepatutnya dianggap seseorang ahli itu sebagai pembangkang. Kebebasan setiap ahli UMNO termasuklah di Tuaran, hendaklah dihormati dan bukannya dianggap oleh Hajiji sebagai pentingkan diri.
Bercakap mengenai ahli pentingkan diri, saya tidak fikir bagaimana ahli boleh gunakan pemimpin untuk kepentingan diri? Tetapi kalau pemimpin seperti Hajiji gunakan ahli untuk kepentingan diri, itu benar kerana pelbagai kejayaan peribadi Hajiji dalam perjuangannya sehingga kini, adalah atas kebijaksanaannya memperguna dan memperalatkan ahli untuk kepentingan diri.
Siapa yang banyak terima nikmat dan kejayaan peribadi? Ahli UMNO Tuaran atau Hajiji?
Jadi kepada ahli-ahli UMNO saya berharap, berhati-hati dengan pimpinan seperti ini kerana dia sering mempergunakan ahli demi kepentingan peribadi. Saya sifatkan beliau ‘cakap tidak serupa bikin’ dan epal busuk dalam UMNO Sabah.
Oleh itu, saya mengharapkan Hajiji agar beristighfar dan kembali ke pangkal jalan dan tidak akan terus melabelkan ahli UMNO Tuaran sebagai pentingkan diri.
Sekian, Salam Hormat,
AHLI SETIA UMNO TUARAN
It depends how the people chose to view this.
ReplyDeleteTerima kasih kerana Ahli UMNOlah Datuk Hajiji bertahan sehingga sekarang. Semoga sokongan akan terus berkekalan.
ReplyDeleteMungkin itu cuma peringatan dan nasihat dari seorang pemimpin. Kita tidak boleh memandang secara negetif berhubung kata-kata Hajiji itu. Ahli UMNO pasti akan memberikan sokongan kepada pemimpin yang berkebolehan untuk membantu mereka. Harap Hajiji akan terus memperjuangkan hak rakyat Tuaran dan Sabah.
ReplyDeleteHajiji kena menghargai sokongan yang diberikan oleh ahlinya.
ReplyDeletehuhu, masing2 la kamu pentingkan diri sendiri. yang sorang menasihatkan orang lain tapi kononnya dia sendiri yang lebih. yang sorang lagi pula tidak boleh menerima teguran atau kritikan.. bukan kah apa yang sedang mereka lakukan ini lebih menjurus kepada perpecahan parti??
ReplyDeletetidak kira mana-mana pihak pun harus berusaha untuk tidak bersikap pentingkan diri.
ReplyDeleteKita perlu menilai sendiri isu ini.
ReplyDeleteTerpulanglah kepada rakyat untuk menilai.
ReplyDeleteKenapa juga kam kuling....tereso bi kah....ian pengereson bi....kam kali a.jadi jomo nasihat.....tenerimo amun alap.
ReplyDelete