Wednesday, 2 March 2011

SIASAT PEMILIK MYKAD H05XXXXX



Saudara Pengarang,

SAYA berharap agar pihak Sabahkini.net dapat menyungkil kes pendatang asing yang memiliki mykad berdasarkan kad pengenalan terdahulu yang dipohon menggunakan nombor H05XXXXX.

Apa yang menyebabkan saya terkilan bahawa pemilik nombor berdasarkan H05 tidak mempunyai data yang betul. Pihak JPN seharusnya menyiasat surat lahir dan latar belakang mereka, terutama di mana mereka bersekolah dan siapa adik beradik serta ibubapa sebelum mereka diberikan taraf warganegara Malaysia.

Terbaru saya menghadapi masalah tanah diceroboh oleh pemilik Mykad H05XXXXX (IC Payung Terjun). Mereka menggunakan kekerasan dengan merosakkan pagar, meracun tanaman dan mengeluarkan kata-kata kesat untuk menakutkan saya dan keluarga.

Mereka menggunakan taktik di negara asal mereka untuk menuntut hak yang bukan menjadi hak mereka HANYA dengan ‘Dasar Berani’ bahawasanya MEREKA adalah warganegara MALAYSIA (walaupun diketahui mereka adalah pendatang asing tanpa izin sebelum ini.)

Salam Hormat,

NOOR AIN

16 comments:

  1. Hope that someone can investigate those who hold IC with these numbers.

    ReplyDelete
  2. Hopefully they are able to find that mykad owner.

    ReplyDelete
  3. Sekiranya benar kenyataan ini, janganlah bertindak sedemikian. Bertindak terburu-buru padahnya kita yang terima sendiri nanti.

    ReplyDelete
  4. hal ini perlu disiasat. jika benar, ambil tindakan tegas.

    ReplyDelete
  5. Siasat jangan tak siasat. Tidak boleh membiarkan mereka ini bermaharajalela di sini seolah-olahnya mereka rakyat asli di sini.

    ReplyDelete
  6. harap siasatan dapat dibuat. jika benar seperti yang didakwakan, tindakan perlu diambil.

    ReplyDelete
  7. Semakin hari semakin menyengat isu ini. Dari dulu hingga kehari ini, tidak pernah selesai? Saya percaya ada ramai lagi yang masih berselindung disebalik IC yang mereka perolehi.

    ReplyDelete
  8. Harap2 usaha untuk mewujudkan RCI akan berjaya dan beroperasi secepat mungkin.

    ReplyDelete
  9. ba lain kali jangan beli barang dari PATI, jangan bagi rumah/bilik, jangan bagi kerja, jangan bagi peluang buka perniagaan,.. gertak sampai dorang balik ke negara asal.... itupun kalau rakyat sabah sanggup.. jangan hari ni marah2 tapi besok senyum2 selepas kena suap duit..

    ReplyDelete
  10. pengadu seharusnya membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan..

    ReplyDelete
  11. semakin hari pemegang IC PALSU makin berani untuk menuntut hak yang bukan kepunyaan mereka...pihak KDN harus bersetuju dengan saranan pemimpin sabah agar menubuhkan SSD untuk menyelesaikan isu ini..lambat laun, pemegang IC PALSU dari Projek M akan membuat kacau yang melampau jika pihak KDN terus menerus bersikap buta dan tuli.

    ReplyDelete
  12. diharap pihak berkuasa melakukan tugas mereka sebagaimana yang diamanahkan kepada mereka oleh masyarakat.

    ReplyDelete
  13. Inilah kenapa kita tidak mahu pendatang tanpa izin atau ada izin ini sekalipun! Budaya mereka tidak sama dengan budaya tempatan, mereka lebih melakukan kekerasan. Itulah sebab kenapa rakyat tempatan pun tidak berani lawan takut kena tetak.

    ReplyDelete
  14. eiii geram dengan mereka ni!! sudahlah mereka lebih mendominasi kawasan bandar. mencemarkan sungguh.

    ReplyDelete