Oleh: CHANG SHAK HUNG
PELANCARAN Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan pemilikan rumah oleh golongan muda pada mulanya patut mendapat tepukan gemuruh dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak, termasuklah golongan anak muda itu sendiri.
Golongan muda begitu ghairah untuk mendapatkan maklumat dan mencari rumah terutamanya yang sesuai dan mampu untuk dimiliki. Namun apa yang mendukacitakan adalah pelancaran ini menjadi satu mimpi yang indah untuk golongan tersebut memandangkan pendapatan orang muda yang rata-ratanya dari golongan yang berpendapatan rendah serta tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah.
Jangan kata ingin miliki sebuah flat atau apartmen yang berharga RM100,000; malah mahu tanggung perbelanjaan harian pun menjadi satu isu yang membelenggu minda mereka.
Golongan muda yang majoritinya mempunyai pendapatan sekitar RM500 hingga RM1,500, mana mampu untuk menanggung pembayaran balik pinjaman walaupun kerajaan memberikan khabar gembira yang kononnya tidak perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%.
Perlu diingat bahawa kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank adalah amat tinggi dan jangan kata kerajaan telah prihatin kepada rakyat terutamanya golongan muda, sedangkan golongan ini terpaksa membayar balik pinjaman untuk 100% pinjaman dalam masa maksimum 30 tahun.
Contohnya di Sandakan, harga rumah adalah sekitar RM130,000 dan ke atas. Itupun untuk memiliki sebuah flat atau apartmen berkeluasan 950 kaki persegi. Cuba bayangkan berapa flat atau apartmen yang ada di Sandakan ini?
Jangan kata mahu beli rumah teres, mereka telahpun berada di penghujung jalan dalam mencapai impian untuk memiliki sebuah rumah kediaman sendiri.
Semasa pelancaran skim tersebut, ramai yang begitu teruja dan bangga kerana telah mencapai impian untuk memiliki sebuah rumah sendiri. Namun, adakah masyarakat tahu tentang kecacatan dalam skim yang dilancarkan ini?
Yang pertama, hanya pekerja swasta yang berumur tidak lebih daripada 35 tahun dan bekerja dengan majikan yang sama untuk jangka masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan telah disahkan jawatan sahaja layak memohon.
Yang kedua, pembeli tidak boleh membeli rumah melalui skim berkenaan sekiranya bekerja sendiri walaupun mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.
Yang ketiga, sekiranya pemohon yang bekerja sendiri dan ingin memohon atas nama bersama dengan pasangannya walaupun pasangannya mempunyai slip gaji (makan gaji), namun ia adalah tidak dibenarkan. Pemohon bersama hanya layak untuk hubungan keluarga seperti suami isteri atau sesama adik-beradik sahaja.
Yang keempat, kakitangan kerajaan Tidak Layak Untuk Memohon!
Yang terakhir adalah pemohon yang tidak mempunyai pendapatan bersih kurang daripada RM1,500 (selepas ditolak EPF, SOCSO, perbelanjaan dapur, bayar loan kereta, membayar duit minyak untuk kereta, membeli susu tepung untuk anak, membayar yuran sekolah untuk anak), mereka adalah Tidak Layak Untuk Memohon!
Pendek kata, pelancaran ini tidak mencapai sasaran dan gagal untuk memberikan peluang kepada golongan muda terutamanya di Sandakan dan Sabah memandangkan gaji yang diperolehi adalah begitu rendah.
Bukan itu sahaja, mereka terpaksa membiayai kos sara hidup yang tinggi berbanding penduduk di Semenanjung Malaysia. Janganlah hanya kerana PRU 13 sudah semakin hampir dan ingin menarik undi golongan muda, kerajaan memberikan satu keistimewaan yang begitu sukar dan hampir tidak mungkin dicapai dan dilaksanakan oleh golongan muda terutamanya di Sandakan ini.
Walaupun adanya SPR ini, tapi individu masih perlu mengaji dulu sama ada diri sendiri mempunyai kemampuan untuk membeli rumah.
ReplyDeleteSkim ini baik bagi mereka yang ingin mendapatkan rumah pertama. Cuma pastikan juga kemampuan kewangan anda dalam keadaan baik.
ReplyDeleteskim ini untuk membantu golongan muda mendapatkan rumah. tapi kena pastikan pemohon benar2 layak untuk mendaptkan rumah melalui skim ini.
ReplyDeleteartikel ini masih boleh dipertikaikan dan masih belum cukup untuk memberikan gambaran buruk terhadap usaha murni kerajaan.. kenapa tidak salahkan pihak bank yang menetapkan syarat2 itu?? atau ada kah pembelian kereta, perabot, atau apa sahaja yang memerlukan bayaran secara ansuran merupakan igauan ngeri??
ReplyDeleteskim ini bagi memudahkan pemuda mendapat rumah. Harga itu sudah pastilah tinggi. Tapi pinjaman bank 100%. Tidak perlu lag wang pendahuluan 10%..Apa pun janganlah ambil risiko jika tidak mampu.
ReplyDeletedapatkan penjelasan secukupnya mengenai bagaimana skim ini beroperasi bagi mengelak kekeliruaan.
ReplyDeleteapa2 pun, skim ini bertujuan untuk menyenangkan golongan sasaran, bukannya menyusahkan.
ReplyDeleteAny interested buyers still needs to do their own calculations to ensure that they can afford it before the take this offer.
ReplyDeleteBNM telah menetapkan kadar caj/bunga maximum bagi satu perkhdmatan pinjaman oleh mana2 penyedia pinjaman yg berlesen iaitu tidak melebihi 12 peratus setahun. Jadi maknanya bukan juga salah bank kerana dasar kerajaan masih tidak dicabuli. Sebaik2nya memang kerajaan yg harus dipersalahkan. Kenapa 10% deposit itu tidak dijadikan subsidi atau lebih mudah mengawal harga hartanah yg naik mendadak tiap tahun. pengawalan harga hartanah boleh dibuat dlm banyak cara. antaranya dengan mengawal harga material seperti kongkrit/simen dan besi. Cukai tanah dan cukai kerajaan terhadap material2 yg diperlukan utk membuat bangunan juga boleh dikaji. Banyak cara untuk mengatasi ketidakmampuan golongan muda utk memiliki rumah. Kenaikan pendapatan adalah salah satu daripadanya. pengurangan cukai terhadap barangan keperluan isi rumah dan harian boleh dikurangkan dgn menurunkan harga minyak. Berhenti mengimport minyak asing dan membelanjakan 40% dari minyak negara utk keperluan tempatan. ini tidak merugikan. disamping mengexport minyak ke negara luar, minyak negara juga boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat malaysia. Masih banyak caranya utk melakukanya.
ReplyDeleteHope that the people will make the right decision.
ReplyDelete