Oleh : CHANG SHAK HUNG
KESEDARAN dan pengetahuan dari segi jangkitan HIV dan penyakit AIDS di kalangan dan golongan muda, telah diteruskan oleh Sandakan AIDS Support Group Association (SAGA) dengan penganjuran bengkel kesedaran di Sepilok Jungle Resort, Sandakan.
Seramai 33 para peserta yang terdiri daripada remaja dan pelajar sekolah menengah telah menyertai bengkel berkenaan selama dua hari, satu malam.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel ini adalah seperti ceramah ‘High Risk Sexual Behavior’, jangkitan HIV dan AIDS serta penyakit yang berjangkit daripada hubungan seks, aktiviti bina semangat, aktiviti luar serta penilaian kendiri hasil daripada bengkel tersebut.
Antara para penceramah yang memberikan ceramah adalah Dr Zaiton Yahaya, Dr George Mathew serta Shahrani (wakil dari Malaysian Aids Council). Turut menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini adalah para Exco SAGA seperti Chang Shak Hung, Lilian Pang, Zarina Yahaya, Kasmin, Saniah dan Cikgu Anas.
Pada akhir program berkenaan, para remaja telah didedahkan dengan bahaya seks secara rambang yang boleh menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit AIDS serta penyakit kelamin yang lain.
Pendedahan bahayanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti menagih dadah juga boleh menyebabkan remaja lupa diri dan akan tersisih dari masyarakat. SAGA akan memberikan usaha yang berterusan dalam mendidik golongan remaja kerana bermula dari sinilah, golongan remaja dan belia akan menggalas bebanan yang amat berat sekali dalam memimpin negara di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment