Thursday, 26 January 2012

BENARKAH UMNOBN BANKRAP?



Oleh : AHMAD LAZIM

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan ketidak cekapan Kerajaan UMNO-BN mentadbir negeri Sabah sehingga banyak pembangunan tergendala, terutama disebabkan kebanyakan projek diberikan kepada kontraktor yang tidak layak kerana 'Projek Top-Up'.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi menyatakan sehingga ke hari ini Jambatan Sapagaya di Lahad Datu gagal disiapkan setelah tergendala begitu lama, sedangkan Lebuhraya Berkembar sudah lama siap.

"Mungkinkah UMNO-BN sudah bankrap sehingga tidak mampu membayar tuntutan kontraktor kerana kita dimaklumkan projek berkenaan lambat siap disebabkan kontraktor belum dibayar? Benarkah?," tanya Citra sambil menggesa Jabatan Kerjaraya memberi penjelasan kenapa projek berkenaan tergendala.

Citra menegaskan, JKR hendaklah menjelaskan sama ada denda ada dikenakan kepada kontraktor terbabit kerana beliau percaya dilakukan oleh subkontraktor.

"Para pengguna jalanraya mahu tahu bila jambatan ini boleh siap dan kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap kontraktor. Tidak patut betul kerana jalan sudah siap tetapi jambatan masih tergendala," kata Citra dengan nada kesal.

Menurut Citra, para pengguna jalanraya berkenaan menghubungi beliau setelah aduan terhadap Adun Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam tidak diendahkan.

13 comments:

  1. tender kepada kontraktor harus diteliti sebaik mungkin. Senarai hitamkan kontraktor yang tidak menepati kontrak projek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk projek yang gagal disiapkan, tindakan patut dikenakan terhadap kontraktor yang gagal siapkan kerja mereka.

      Delete
    2. memang masalah sesuatu projek selalunya disebabkan oleh pihak kontraktor yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik dan menepati piawaian. kadang2 ada yang hanya tau makan duit saja, kualiti kerja pula tiada.

      Delete
  2. Diharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah ni. Ni mesti kes lain company dapat tender tapi lain pula yang buat kerja.

    ReplyDelete
  3. jgn biarkan projek terbangkalai.. ia pasti merugikan byk pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peruntukan perlu disalurkan dengan sistematik dan telus.

      Delete
    2. buatlah pantauan yang kerap ke atas projek2 yang dilaksanakan.

      Delete
  4. What does UMNO-BN has anything to do with a civil project? It's not about UMNO-BN's coffer. It's more of the State's coffer: The Tax-payers money. This guy is can't even get his facts straight.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He doesn't like UMNO-BN. So every problem, he condemns UMNO-BN. Insteas of being rational, he lets his emotion controls him.

      Delete
  5. having said that, I hope this matter will be look into and solution will be provided. This is our tax money (NOT UMNO-BN, as that person claims). They should have been put to good use.

    ReplyDelete
  6. Kalau banyak projek terbangkalai maka ini cuma akan merugikan peruntukkan yang diberikan kerana tidak diurus dengan baik.

    ReplyDelete
  7. Kontraktor yang dipertanggunjawabkan perlu melaksanakan tugas sepenuhnya. Kepada kontraktor yang tidak dapat menjalankan kerja dengan baik maka perlulah disenarai hitamkan.

    ReplyDelete
  8. kenapa Citra sendiri tidak berjumpa dengan pihak kontraktor tersebut untuk mendapatkan penjelasan?? suka sangat ambil jalan mudah untuk membuat kesimpulan hanya berdasarkan 'kita dimaklumkan'....

    ReplyDelete