Sunday, 29 January 2012

JAMBATAN MAUT PUNCA RAKYAT TOLAK BN?



BAHAYA....Fatimah menunjukkan jambatan yang rosak kerana empat orang sudah jatuh ke bawah.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KEROSAKAN teruk jambatan kayu sepanjang 300 kaki di kawasan Rumah Murah Lorong C, Sim-Sim Sandakan sudah hampir dua tahun yang tidak dipedulikan oleh ADUN Tanjung Papat sehingga empat orang penduduk cedera kerana terjatuh dari jambatan berkenaan.

Seorang penduduk yang tinggal di rumah bernombor 38, Fatimah Gimbang, 48, memberitahu Sabahkini.Net kelmarin bahawa kerosakan tersebut sudahpun dimaklumkan berpuluh-puluh kali kepada ADUN berkenaan dan juga Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Tanjung Papat, tetapi tidak mendapat layanan sama sekali.

“Di mana lagi saya hendak mengadu masalah ini hanya saya dapat meluahkan perasaan saya kepada Wartawan Sabahkini.Net untuk menyatakan perkara yang sebenar.

Kata Fatimah, mungkinkah ADUN mahu menunggu sehingga ada mangsa yang meninggal dunia atau disaman oleh mangsa berkenaan baru mahu membina jambatan baru atau membaik pulih jambatan berkenaan?

Sehubungan itu, Fatimah merayu agar Ahli Parlimen Sandakan dan ADUN Tanjung Papat dapatlah mengambil tindakan drastik untuk membaiki kerosakan tersebut sebelum terlambat atau menjadi punca rakyat menolak kerajaan BN.

Selain masalah jambatan uzur berkenaan, Fatimah turut merungut masalah tiang eletrik yang semakin mereput dan akan tumbang pada bila-bila masa.

“Saya sudah menghubungi pihak SESB mengenai masalah tiang elektrik tapi kata mereka setakat kami tidak boleh buat apa-apa selagi jambatan tersebut tidak diperbaiki kerana kedudukkan tiang yang dimaksudkan bersandar kepada tiang jambatan berkenaan,” jelas Fatimah.

No comments:

Post a Comment