Saturday, 28 January 2012

TAMAN MAWAR, FASA SATU BANJIR LAGI

Saudara Pengarang,

SAYA dan penduduk-penduduk di Taman Mawar, Fasa 1, Jalan Sibuga, Sandakan ingin mengadu bahawa setiap kali hujan kawasan kami sering mengalami banjir. Kami sudah buat aduan di MPS tetapi pihak MPS tidak pernah buat apa-apa pun. Kami juga mengadu kepada pemaju Taman Mawar tetapi mereka menjawab bahawa mereka tidak lagi bertanggungjawap dan suruh kami mengadu ke MPS.

Pada pagi ini, baru setengah jam hujan, banjir berlaku seperti dalam foto-foto saya lampir. Setelah saya periksa, saya dapati longkang yang terlalu kecil untuk air dari seluruh Fasa 1, 3 dan 4 dan tersumbat (rujuk foto) tetapi MPS langsung tidak berbuat apa-apa.

Kami berharap pihak berkuasa atau Wakil Rakyat supaya melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan kami dengan secepat mungkin.

Salam Hormat,

CHONG CHEE YIN

No comments:

Post a Comment