MENTERI Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata kerja menaik taraf Jalan Kalabakan-Sapulut, sepanjang 145 kilometer yang dimulakan sejak Oktober tahun lalu kini siap hampir 10 peratus sekali gus mendahului jadual asal.
Beliau berkata projek bernilai RM270 juta yang bakal memendekkan masa perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu antara tiga hingga empat jam dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2013 iaitu tempoh pembinaan selama kira-kira 24 bulan.
"Kerja-kerja fasa pertama pembinaan Jalan Kalabakan-Sapulut ini sebenarnya telah selesai pada tahun 2008 dan kos bagi fasa pertama ialah RM650 juta.Kalau dicampurkan RM270 juta dan RM650 juta, ia menjadi RM920 atau hampir RM1 bilion Kerajaan Pusat peruntukkan untuk pembinaan Jalan Kalabakan-Sapulut ini sahaja.
"Walaupun kos ini dilihat suatu yang besar tetapi kerajaan mempunyai pendirian bahawa dengan adanya Jalan Kalabakan-Sapulut ini, ia akan memberi pulangan ekonomi yang besar bukan sahaja kepada penduduk Kalabakan dan Tawau malah mereka yang tinggal di Pantai Timur Sabah termasuk Semporna," katanya.
Shaziman berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi projek berkenaan di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini. Sebelum itu, Shaziman yang diiringi Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh, diberi taklimat berkenaan perkembangan projek itu di Felda Kalabakan Tengah. (BERNAMA)
naiktaraf ni memang berbaloi jika ia memberi pulangan ekonomi yang besar kepada penduduk.
ReplyDeleteSemoga projek ini akan berjalan dengan lancar dan siap tepat pada masanya.
ReplyDeletebgslah jika ia djangka akan siap lebih awal. jalan ini pasti memberi bnyk manfaat kepada penduduk.
ReplyDeleteBaguslah kalau projek itu lebih cepat berbanding dengan jadual yang ditetapkan. Lagi cepat lagi bagus.
ReplyDeletejalan itu selalu digunakan oleh lori2 syarikat pembalakan.. masalah ini juga perlu diambil perhatian oleh kerajaan agar jalan yang dinaiktaraf itu boleh digunakan lebih lama..
ReplyDeleteThe road upgrade must meet the specifications.
ReplyDeleteConstruction of the 145km road connecting Kalabakan in Tawau to Sepulut in Keningau, costing RM135 million is expected to be completed in two years' time, Sabah Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan said.
ReplyDeletePairin, who is also State Minister of Infrastructure Development, said currently the resurfacing work on the 35km road from Kalabakan, and from Sepulut also 35km long, was going smoothly and expected to be completed this year.
Delete"The works being carried out from both ends will expedite the road construction process," he told reporters after a briefing session on the Public Works Department projects in Tawau, here Friday.
DeleteBesides the briefing session, Pairin also made several spot checks on the ground to find out about the people's problems particularly related to the flood situation in the Pasir Putih area.
ReplyDeleteOn the damage to at least 10 hilly stretches which caused several parts of the road from Kampung Iban to Kalabakan to collapse, Pairin said the PWD had appointed four companies to repair the damaged slopes.
DeletePairin also said a road would be built connecting Log Pond with Pasir Putih under the 10th Malaysia Plan, and this project was expected to commence in the year 2013 at the latest.
DeleteHe said with the existence of the road, the people in Pasir Putih would have an alternative route to leave the area concerned in the event of flooding.
DeletePairin said the government was still carrying out a survey to determine the suitable location to construct a RM200 million dam so as to overcome the problem of floods which often occurred in the Pasir Putih area.
Delete