Sunday, 26 February 2012

WANITA MANGSA PEMERDAGANGAN ORANG



GOLONGAN wanita didapati paling ramai menjadi mangsa jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia sepanjang tahun 2008 hingga Januari lalu.

Menurut Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), sepanjang tempoh itu juga seramai 562 wanita telah berjaya diselamatkan.

Selain itu, katanya, seramai 118 kanak-kanak dan 261 lelaki juga berjaya diselamatkan dalam sepanjang operasi yang dijalankan oleh agensi penguat kuasa.

"Sepanjang tempoh empat tahun itu 426 kes dan 599 tangkapan telah disiasat oleh agensi-agensi penguat kuasa.

"Mangsa yang berjaya diselamatkan itu ditempatkan di rumah perlindungan dan diberi perintah perlindungan tetap (PO)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, satu mesyuarat mengenai MAPO untuk kali kedua telah diadakan hari ini di Hotel Equatorial, Cameron Highlands, Pahang, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam.

Pada pertemuan itu juga, diadakan satu sesi perjumpaan bersama pekebun di tanah tinggi tersebut bagi membincangkan isu berkaitan pekerja asing.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, sepanjang tempoh empat tahun berkenaan sebanyak 235 kes sedang dibicarakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

"Selain itu, di bawah akta tersebut sebanyak 66 kes selesai didakwa manakala tujuh kes disabitkan kesalahan dan 392 kes yang dituduh," katanya.

Menurut kenyataan itu, sepanjang November 2010 hingga Januari lalu, 27 kes penyeludupan migran berjaya dipatahkan.

12 comments:

  1. Hopefully this form of human trafficking will be stamp out by the proper authority.

    ReplyDelete
  2. It's pathetic to see women to be degraded to such disgraceful level, to be traded as livestocks

    ReplyDelete
  3. Golongan wanita diharap sentiasa beringat supaya tidak menjadi mangsa pemerdagangan yang seterusnya. jangan mudah terpedaya dengan tawaran2 menarik oleh ejen2 pekerjaan ataupun mana2 pihak yang tidak dikenali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. golongan wanita sering menjadi mangsa pemerdagangan orang, kenalah berhati-hati.

      Delete
    2. Pihak berkuasa harus berterusan membanteras jenayah tu. Kesian mereka yang teraniaya.

      Delete
  4. semoga kes2 pemerdagangan manusia ini dapat dikurangkan dari tahun ke tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cooperation with the Custom's department as well as the police force can be one of the efforts to reduce human trafficking cases.

      Delete
  5. Hope that human trafficking problems can be brought down so that no more innocents are involved.

    ReplyDelete
  6. pemerdagangan orang harus dibanteras, ia adalah satu penindasan ke atas hak asasi manusia.

    ReplyDelete
  7. ini adalah masalah global dan semua negara perlu sama2 membanters jenayah pemerdagangan orang ini

    ReplyDelete
  8. Pemerdagangan orang antara jenayah yang terbesar di Dunia. Maka kita perlu bersama-sama bagi memastikan jenayah ini dapat dihalang dan diselesaikan.

    ReplyDelete
  9. Human trafficking is an irresponsible act! Beware when you are offered with things that are too good to be true.

    ReplyDelete