Friday, 27 April 2012

BALAIRAYA SG KAYU SANDAKAN UZUR



Saudara Pengarang,

BERIKUT saya lampirkan beberapa gambar keadaan di Balai Raya Kampung Sungai Kayu, Batu 7, Sandakan. Balai Raya tersebut juga digunakan oleh pihak Tabika Kemas lebih 30 tahun lebih dan masih seperti itu juga.

Saya berharap pihak terbabit dapat menyediakan tapak baru untuk Tabika Kemas ni kerana ia sangat berhampiran jalan, apatah lagi tanpa pagar sehingga tahap keselamatan di kawasan tersebut zero.


Perkara ini amat serius, saya berharap Kerajaan BN dapat mempertimbangkan masalah ini dan bukannya melepaskan batuk di tangga sahaja. Kami di Kg. Sg. Kayu agak terkilan dengan sikap cuai dan berpeluk tubuh Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK.

Semoga Sabahkini.net dapat menyiarkan rintihan kami dan Kerajaan mengambil tindakan pro-aktif bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan selama tiga dekad ini.

Salam Hormat,

PENDUDUK SUNGAI KAYU

8 comments:

  1. Ganti saja KK dan JKKK di kampung itu jika tidak proaktif dalam tugas mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK dan JKKK kampung berperanan penting dalam hal tu.

      Delete
  2. Semoga isu balai raya ini dapat perhatian dan tindakan segera diambil untuk mengatasinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada juga pula balai raya yang tidak digunakan oleh penduduk walaupun telah disediakan.

      Delete
  3. balai raya tersebut perlu diperbaiki, ia dah amat uzur. membahaya untuk digunakan.

    ReplyDelete
  4. Keadaan sekolah tadika macam tu memang tidak selesa dan tidak selamat. Diharap ada peruntukan untuk baiki semua tu

    ReplyDelete
  5. Mungkin penambahbaikkan perlu diambil terhadap balairaya tersebut.

    ReplyDelete
  6. kes ini lebih layak untuk mendapat perhatian kerajaan dan perlu didahulukan penyelesaiannya.. bina semula balairaya ini dan bina satu lagi Tabika yang lebih kemas, selesa dan selamat..

    ReplyDelete