POLIS menasihati orang ramai
agar mengabaikan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak mereka berkumpul di
Pasar Seni di sini Selasa untuk berhimpun menuntut hak pekerja.
Ketua Polis Daerah Dang
Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat terdapat
pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS berangkai itu yang sebenarnya
adalah palsu.
"SMS itu juga turut
mengajak orang ramai supaya menyertainya disebarkan oleh pihak yang tidak
bertanggung jawab," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau mengakui polis ada
menerima permohonan untuk berhimpun di Dataran Merdeka Selasa oleh Kesatuan
Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan beberapa badan bukan kerajaan bagi
menyuarakan hak dan tuntutan pekerja terhadap majikan mereka, namun telah ditolak
polis.
Mengulas lanjut, Zulkarnain
berkata polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan SMS
tersebut yang turut dikaitkan dengan perhimpunan pada Sabtu lepas. (Bernama)
Baru-baru sahaja kerajaan meluluskan polisi gaji minima, sudah ada yang mahu mengadakan demonstrasi lagi?
ReplyDeleteNampaknya mengadakan perhimpunan ataupun demonstrasi sudah menjadi budaya di negara kita. Sikit-sikit mahu mengadakan perhimpunan, nanti pelancong pun takut nak datang ke negara kita.
ReplyDeleteIa hanya memberikan imej negatif kepada negara di mata pelancong.
DeleteJangan mudah percaya dengan khabar angin.
ReplyDeleteKabar angin yang hanya mendatangkan keburukan baik jangan layan
Deletetak perlu nak layan SMS yang belum tentu kebenarannya.
ReplyDeleteJangan terpengaruh oleh hasutan SMS menyuruh berhimpun.
ReplyDeleteBoleh lagi mengajak ikut perhimpunan tu.
Deletebaik polis sendiri siasat siapa yang menyebarkan sms itu.. tidak payah susah2 nasihatkan orang ramai..
ReplyDelete