POLIS
Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.828 juta akibat kerosakan harta
benda dan aset ketika perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan di ibunegara
Sabtu lepas.
Ketua
Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata selain
mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki
hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.
"Kos
kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai
perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak
berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabtu
lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki
Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur
yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.
Sehingga
kini polis telah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh dalam
perhimpunan itu dan memburu 49 lagi.
Mahmood
berkata seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan telah
bertugas sepanjang perhimpunan itu.
Kementerian
sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi
menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan tersebut, katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment