Thursday, 31 May 2012

FILIPINA DIMINTA TUBUH KONSULAT DI SABAH



PUTRAJAYA : Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman meminta kerajaan Filipina mewujudkan sebuah pejabat konsulat di Sabah bagi menangani keperluan pekerjanya di negeri itu.

"Naib Presiden Filipina begitu reseptif dengan permintaan itu memandangkan terdapat ramai rakyat Filipina di Sabah. Beliau percaya kita harus menyelesaikan isu tertunggak secepat mungkin agar hubungan Malaysia-Filipina boleh terus diperkukuh," katanya selepas menerima kunjungan hormat Jejomar C. Binay di sebuah hotel terkemuka di sini.

Binay tiba pada Ahad untuk lawatan kerja tiga hari ke Malaysia bagi mempertingkat hubungan ekonomi dua hala.

Beliau mengetuai delegasi 35 anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan dan pegawai kerajaan Filipina untuk menggalakkan pelaburan di negara itu. Ini merupakan lawatan pertama pemimpin atasan dari Filipina sejak 2007.

Anifah berkata perbincangan bagi menubuhkan konsulat itu telah lama tertangguh, namun kesediaan kedua-dua pihak berunding mengenainya adalah suatu perkembangan yang menggalakkan. (Bernama)

32 comments:

  1. ya.. perlu ada pejabat konsulat di Sabah bagi menguruskan rakyat filipina yang begitu ramai di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap akan berjaya mengadakan pejabat konsulat ni.

      Delete
    2. That is a good idea to handle the people of philipines.

      Delete
  2. di samping itu, dpt jg cari jalan penyelesaian masalah pendatang Asing dari filipina di Sabah.

    ReplyDelete
  3. i doubt the Philippine government would actually care about their people in sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. neway i really hope a consulate office would be build in sabah since there are too many of Philippines wondering around in sabah.

      Delete
    2. Ya kalau dorang care pun, entah apa saja cara yang mampu mereka lakukan utk atasai hal ini? huhu

      Delete
    3. Mungkinkah Filipin masih ada hati lagi untuk mendapatkan Sabah??

      Delete
  4. Semoga perkara ini dapat diberi perhatian sewajarnya. At least boleh juga selesaikan isu ni.

    ReplyDelete
  5. Isu pati mesti diselesaikan, harap pihak bertanggungjawab akan mendapat penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  6. harap ada berita baik mengenai TOR yang sedang dirumuskan oleh pihak Najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib harus bertindak bijak untuk menunaikan permintaan orang Sabahan.

      Delete
  7. jika kerajaan prihatin akan masalah PTI yang dihadapi oleh Sabah, maka, kerajaan harus digesa tubuhkan RCI secepat mungkin

    ReplyDelete
  8. setidak-tidaknya, isu lanun di kawasan perairan yang berhampiran sempadan Filipina, dapat dibendung atau dibincang bersama secara terperinci lagi

    ReplyDelete
  9. "Naib Presiden Filipina begitu reseptif dengan permintaan itu memandangkan terdapat ramai rakyat Filipina di Sabah. Beliau percaya kita harus menyelesaikan isu tertunggak secepat mungkin agar hubungan Malaysia-Filipina boleh terus diperkukuh,"

    baguslah kalau ada tanda-tanda positif dari pihak Filipina

    ReplyDelete
  10. sememangnya suatu perkembangan yang menggalakkan...

    ReplyDelete
  11. I completely agreed with Anifah Aman that the Philippine government should set up their consulate in Sabah so that the rights and benefits of their people living in Sabah can be protected. Surely the Philippine government also wanted the best for their people.

    ReplyDelete
  12. Hopefully the Philippine government will give cooperation to Sabah to set up this consulate, its been a long time since the Sabah government suggested this course of action.

    ReplyDelete
  13. Rasanya sudah lama Sabah menuntut kerajaan Filipina menubuhkan konsul mereka tapi sampai sekarang masih belum ada lagi padahal Konsul Jeneral Malaysia di Bandaraya Davao dibuka sejak 7 Dis, 1995 lagi.

    ReplyDelete
  14. Hoping such proposal turn up good to identify and resolve the issue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting, isu yang dihadapi dapat ditanggani dengan berkesan. Sistem yang wajar harus ada untuk memantau dan menyekat kemasukan golongan ini.

      Delete
  15. Cooperation between both countries are necessary.

    ReplyDelete
  16. RCi harus ditubuhkan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  17. Moga2 konsulat ini dapat selesaikan masalah yang merungsingkan banyak pihak.

    ReplyDelete
  18. Persefahaman harus ada antara dua negara.

    ReplyDelete
  19. Lucky Philipine understand wand will give cooperation.

    ReplyDelete
  20. Masih banyak harus diuruskan lagi tentang masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah kemasukan warga asing tanpa izin di Sabah sangat merisaukan dan semakin meningkat bilangannya.

      Delete
  21. Ini satu cadangan yang telah lama diusulkan. Harap KONSULAT ini akan dapat membantu warga mereka yang ada di Negeri Sabah ini dengan senang.

    ReplyDelete
  22. Lebih baik filipina ada konsulat di M'sia boleh juga urus mengenai warga filipina yang ada di M'sia terutama di Sabah.

    ReplyDelete
  23. daripada sekadar menghantar pasukan ke negeri ini untuk memantau dan mengurus warga Filipina, bukankah lebih baik mereka tubuhkan terus konsulat mereka di negeri ini??

    ReplyDelete
  24. jika kerajaan Indonesia boleh tubuhkan konsulat mereka di Sabah, takkan kerajaan Filipina tidak?? malah warga Filipina paling ramai di Sabah berbanding dengan negeri2 lain..

    ReplyDelete