BERSILA
.....Dato Sri Nasir (duduk tengah) berbual mesra dengan sebahagian penduduk dan
pemimpin masyarakat Zon Mentaritip selepas menikmati jamuan.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Keharmonian dan
kesepakatan masyarakat majmuk negeri ini mampu diterjemahkan melalui
penganjuran program sukan rakyat,kebudayaan dan kesenian yang disertai semua
lapisan rakyat tanpa mengira status mahupun sukubangsa, anutan agama dan
fahaman politik.
Melalui majlis keraian yang
melibatkan semua penduduk bukan sahaja mampu merealisasikan konsep 1Malaysia
malah ianya memperlihatkan gambaran betapa rakyat negeri ini hidup dalam
keadaan rukun dan damai bertunjangkan kesepakatan mendaulatkan rukun Negara.
Menteri Di Jabatan Ketua
Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menyarankan pemimpin-pemimpin masyarakat
khususnya Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-pengerusi JKKK lebih komited
menggerakkan pembangunan kampung disamping pembangunan ummah melalui
aktiviti-aktiviti yang disertai semua warga kampung.
Katanya, penduduk kampung
harus disatukan dalam apa juga aktiviti bagi menjana kesepaduan berpakat
membangun serta memajukan kampung yang lebih ceria, maju dan menjadi teladan
contoh kepada masyarakat lain.
Nasir berkata demikian sempena
Majlis Pagtawakkupan Zon Mentaritip di Dewan Serbaguna Kampung Mentaritip.
Hadirsama sempena majlis
itu,Ketua Wanita Usia Bahagian Semporna, Datin Hajah Rukiah Badar; Pemimpin
Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Kawasan Senallang,
OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang, Roslan
Jalaludin; Pegawai Perhubungan Adun, Haji Zainal Jalaludin; kakitangan Pejabat
Adun Senallang dan kakitangan UPKR Kawasan Dun Senallang.
Nasir berkata, pemimpin yang
baik dan berwawasan sentiasa menyayangi rakyatnya dan membela nasib rakyat, bangsa,
agama serta tidak mengajak rakyatnya melakukan kerosakan di muka bumi ini.
Nasir yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang menambah, selama ini kerajaan di bawah
pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi kuat parti UMNO tidak
mengajak rakyat melakukan perbuatan yang boleh merugikan negara sebaliknya terus
mentadbir dan membangunkan negara ini berlandaskan konsep 1Malaysia dan
menerapkan nilai-nilai murni perpaduan ummah sejagat.
Justru itu, katanya
pemimpin-pemimpin di peringkat kampung seharusnya turut mendekati rakyat dan
mendengar keluhan mereka serta menyampaikan kepada pihak kerajaan segala
permasalahan rakyat supaya kerajaan boleh menyalurkan bantuan yang diperlukan
rakyat sambil mengingatkan rakyat sentiasa berwaspada dan mengukuhkan perpaduan kaum yang sedia
terjalin erat dan tidak terpengaruh dengan dakyah maupun propaganda yang cuba
menganggu gugat keamanan negara ini.
masyarakat haruslah hidup bersatu padu untuk mencapai keharmonian.
ReplyDeleteperpaduan dan keharmonian harus dikekalkan.
Deletekalau masyarakat di kampung, masih nampak lagi aktiviti2 kemasyarakatan yang dibuat seperti gotong royong dan majlis2 keramaian. kalau di bandar tu memang sukar untuk cari budaya seperti ni. masing2 bersikap individualistik.
ReplyDeleteHidup bermasyarakatan masih boleh dinampak dan dihayati lagi kalau di kampung.
DeletePemimpin perlulah kerap turun melihat sendiri keadaan penduduk dan pada masa yang sama mendengar keluhan daripada mereka. Ini demi kebaikkan bersama.
ReplyDeletekesepakatan dikalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negeri ini adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan sedia ada yang berjaya menyatukan kaum melalui pelbagai program2 kerajaan..
ReplyDelete