Oleh : SALMAH MAT HUSAIN
MACHANG: Di saat pihak
tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat
sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada.
Semalam Tuan Guru menunaikan
solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha
di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu
bersebelahan khemah masing-masing.
Tuan Guru tidak dapat
membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran
Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha.
Lebih 1,000 pelajar Yik
menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu),
dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.
Tuan Guru yang kebetulan
melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan
besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan
di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.
Kerana sebak dan terharu
yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu.
Tuan Guru mendedahkan
perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.
“Di saat-saat anak muda
merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah
anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi
pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.
“Saya tidak dapat menahan
sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil
pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi
menahan sebak.
Hampir seluruh pelajar Yik
mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu.
menunaikan solat adalah tanggungjawb setiap muslim.
ReplyDeletetidak kira di mana sekalipun sembahyang tu boleh dilaksanakan. semoga ramai anak2 muda yang tidak meninggalkan solat mereka dan tidak pentingkan perkara duniawi semata-mata.
DeleteMaka jangan tinggalkan solat anda kerana solat itu tiang agama.
ReplyDeleteApa yang diwajibkan haruslah ditunaikan.
DeleteAnak2 muda sekarang ramai yang leka dengan duniawi, ada yang hanyut dengan zaman moden.
ReplyDeletekan bagus jika pemimpin2 PAS tinggalkan saja politik..
ReplyDelete