Oleh : SHAIMON S JUMADI
RAKYAT yang tinggal di pesisir
pantai, mahupun pulau-pulau tidak pernah diabaikan dalam menikmati apa juga
kemudahan mahupun bantuan sosio-ekonomi yang diperlukan.
Inilah dasar dan matlamat
kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang tidak pernah jemu dan bosan untuk terus
memelihara kebajikan semua kaum, tanpa mengira fahaman politik demi kesejahteraan
hidup rakyatnya di seluruh pelusuk kampung agar dapat menikmati pelbagai
kemudahan asas yang disumbangkan oleh kerajaan BN.
Oleh itu, sebagai rakyat
yang inginkan kemajuan dalam pelbagai aspek haruslah memberikan sokongan penuh
terhadap apa juga dasar kerajaan, termasuk menyokong pucuk pimpinan Negara agar
segala projek yang akan disalurkan di satu-satu kawasan yang diwakili dapat
disalurkan dengan sempurna.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau,
Datuk Saddi Abdul Rahman ketika berucap merasmi Program Belia Mesra 1Malaysia
anjuran pejabat DUN Sukau yang di adakan di Kampung Bongon Besar dalam Mukim
Kampung Maumiang Kinabatangan, kelmarin.
Beliau menasihati rakyat di kawasan Sukau agar jangan mudah
terpedaya oleh janji-janji parti pembangkang kerana mereka sering menabur pelbagai
fitnah dan dakyah songsang untuk mengelirukan rakyat.
“Sebagai wakil rakyat yang
dipilih melalui proses pilihanraya, saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab
saya untuk memberi bantuan yang diperlukan walaupun ada kalanya, bantuan-bantuan
yang dipohon oleh rakyat agak lewat sedikit ini. Ini lumrah kerana setiap
permohonan terpaksa diproses dengan teliti sebelum diluluskan,” jelasnya.
Kata Saddi lagi, walaupun
terlewat sedikit namun kerajaan tidak pernah mungkir janji dan tetap
menunaikannya; berbanding dengan pembangkang yang hanya tahu bercakap tetapi pernah
menggantikan sekeping papan jambatan sehingga calonnya di Batu Sapi jatuh dua
kali.
Saddi menambah, tujuan
program Belia Mesra 1Malaysia menjurus kepada memupuk semangat perpaduan di
kalangan belia-belia setempat kerana melalui program sebegini, dapat
menjalinkan hubungan intim di antara satu sama lain.
Bersempena program tersebut,
Saddi telah memberikan bantuan berupa Generator dan Enjin Bot kepada beberapa
penduduk di Mukim Maumiang yang melibatkan empat buah kampung di dalam satu mukim
.
Kalau boleh jangan ambil masa terlalu lama untuk tunaikan janji tersebut.
ReplyDeleteBiar mengambil masa asalkan janji dapat ditunaikan.
DeleteUsaha kerajaan untuk membantu rakyat adalah suatu usaha yang berterusan.
ReplyDeleteHarap bukan dekat2 PRU saja pemimpin2 ni turun padang berkhidmat untuk rakyat.
DeleteKerajaan harus dengar suara rakyat.
Deletekerajaan mmg akan menunaikan janji2 mereka pada rakyat, byk janji telah ditunaikan. usaha baik dari kerajaan.
ReplyDeleteKata Saddi lagi, walaupun terlewat sedikit namun kerajaan tidak pernah mungkir janji dan tetap menunaikannya;
ReplyDeletejanji yang dibuat harus ditunaikan agar rakyat tidak kecewa dengan kerajaan yang hanya membuat janji untuk memancing undi.
Kebajikan rakyat harus diutamakan.
ReplyDeleteKerajaan yang ambil berat rakyat, berjuangkan yang terbaik untuk rakyat akan menjadi pilihan utama rakyat.
ReplyDeleteSemoga program ini menyedarkan rakyat kepentingan perpaduan antara kaum.
ReplyDeleteGood luck and hope the program successfully attract more crowd and be able to deliver right message to the people.
ReplyDeletePerpaduan harus diamalkan selalu.
ReplyDeleteHarap program ini mencapai matlamatnya.
ReplyDeletePeruntukan yang diberi harus digunakan sebaik mungkin
DeleteThe government are caring the people too.
ReplyDeleteTerima kasih dengan bantuan yang diberikan kepada penduduk. Harap bantuan ini dapat serba sedikit meringankan beban penduduk.
ReplyDeleteBantuan tu diharap dapat membantu mereka yang memerlukan.
Deleteteruskan usaha membantu rakyat.. mana2 aduan atau masalah rakyat yang tidak dapat diselesaikan atau mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, rajin2 la bagi penjelasan.. jangan biarkan rakyat tertanya2..
ReplyDelete