Wednesday, 2 May 2012

SPR PAMER DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN




SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini mula mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012 di 952 tempat di seluruh negara selama 14 hari.

SPR dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur memaklumkan senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).

Semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my, menurut suruhanjaya itu.

Menurut SPR sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar telah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.

"Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak senarai tersebut," menurut SPR.

Suruhanjaya itu memaklumkan warganegara yang baru berdaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

Sementara bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih itu boleh mengisi Borang C, tidak melebihi 20 orang, katanya.

Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada hari bekerja dalam tempoh Rang Daftar Pemilih tersebut dipamerkan.

"Nasihat SPR bagi mereka yang ingin membuat bantahan, pastikan bantahan itu adalah berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan tidak dibuat secara melulu," menurut kenyataan itu.

SPR memaklumkan bahawa suruhanjaya itu tidak mempamerkan senarai nama yang akan dipotong dari Daftar Pemilih yang telah hilang kelayakan seperti meninggal dunia, lucut hak warganegara dan sebagainya.

"Bagaimanapun, untuk memudahkan parti politik membuat semakan kepada senarai nama itu, SPR akan mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi senarai nama yang akan dipotong kepada parti-parti politik," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faksimili 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. (Bernama)

9 comments:

  1. Bagaimana dengan PATI yang dapat projek ic dan boleh mengundi? Adakah ia akan dibiarkan saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Electoral Commission requested the Federal Government to halt the polls until the voter registration can be cleaned up.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
    2. Rasanya bukan mudah untuk kenalpasti semua mereka yang telah mendapat ic melalui ic projek. Namun,diharap pihak SPR akan berusaha untuk membersihkan semua daftar pemilih yang meragukan sebelum PRU dilaksanakan.

      Delete
  2. Sila ambil perhatian pengumuman SPR ini dan ambil tindakan jika perlu dalam membantu mencapai p'raya yang adil dan bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ramai yang datang mengunjungi pameran tu

      Delete
  3. Those who have not register as voter, hope they will do their duty as citizens before the next GE.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. siapa yang ingin buat penyemakan. boleh buat sekarang dgn mudah.

    ReplyDelete
  5. Selesaikan mengenai pendaftaran yang meragukan itu. Harap mereka ini akan disiasat sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar pemilih yang meragukan harus disiasat.

      Delete