Oleh : JAMES AIK
KEBETULAN pada hari ini Mei
2012, adalah 'Hari Pekerja'. Tetapi jiwa saya dikuasai oleh peristiwa pemergian
Allahyarham Mohd. Daud Abdullah (Lorenzo) dan berita BERSIH 3.0 di Malaya.
Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk ucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada semua
rakan di Malaysia. Saya juga ambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada
keluarga Allahyarham Mohd. Daud Abdullah (Lorenzo Sabadun).
Beliau adalah antara rakan
seperjuangan yang berjuang di atas pena. Darah juang yang mengalir di jari
jemarinya menjadi pedang tajam bermata dua. Saya kurang memberikan komen-komen
terhadap artikel beliau, tetapi tetap mengikutinya.
Kesedaran dan darah juang
beliau melalui hasil tulisannya membolehkannya hidup setelah pemergiannya kerana,
selepas ini nama beliau tetap disebut-sebut di dunia nyata ini. Sebagai rakan
seperjuangan kepada Lorenzo, saya percaya STAR dan rakan-rakan yang lain boleh
mengumpul hasil-hasil tulisan beliau untuk dibukukan untuk tatapan generasi
akan datang.
Berhubung BERSIH 3.0 di
Malaya, menyaksikan apa yang dikatakan gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati
di tengah-tengah. Kegagalan pemimpin kerajaan Barisan Nasional mengamalkan STAR
(Sistem Tidak Amal Rasuah) menjadikan negara Malaysia antara negara yang hina
di dunia.
Rakyat mana yang tidak marah
kerana akibat nila setitik, rosak susu sebelanga? Scorpene, wang balak dalam
siasatan, projek IC palsu, pilihan raya yang tidak demokrasi; bukanlah hasil
kemerdekaan yang perlu dinikmati.
Rakyat yang menyedari
perkara ini menjadi amat malu. Para pemimpin kerajaan Barisan Nasional pula
berusaha mempertahankan kuasanya melalui pilihanraya yang tidak bersih.
Akibatnya rakyat memberontak. Pemimpin kerajaan pula menekan pihak keselamatan
supaya pemberontakan rakyat ditangani dengan apa cara sekali pun.
Maka terjadilah tragedi
BERSIH 3.0 di Malaya. Sudah tentu pemimpin kerajaan Barisann Nasional harus
bertanggung jawab terhadap perkara yang berlaku. Pemimin kerajaan Barisan
Nasional perlu bertanggung jawab terhadap apa yang berlaku.
Sebagai rakyat negara Sabah,
saya amat bangga dengan sikap peribumi Sabah. Kebetulan, mereka yang mengambil
bahagian dalam BERSIH 3.0 di Sabah (dan negara Sarawak juga) adalah bumiputera
tulien negara Sabah.
Kematangan pemikiran
bumiputera tulen Sabah sangat jelas walau pun sebenarnya rakyat Sabah berhak
bertindak seperti masyarakat di Malaya. Kenapa? Sebab rakyat Sabah telah
menghadapi pelbagai tekanan sejak hampir 49 tahun dalam persyarikatan Malaysia.
Bayangkanlah betapa kekayaan
tanah air Sabah telah dirampas oleh pemimpin Malaya. Nikmat kemerdekaan rakyat
negara Sabah telah dicabuli pemimpin Malaya. Tragedi BERSIH 3.0 Malaya dan
Duduk Aman BERSIH 3.0 di Sabah dan Sarawak adalah perbezaan yang sangat ketara
antara rakyat negara rakan kongsi Malaya dan rakyat Borneo.
Tidaklah keterlaluan kalau
saya katakan bahawa akibat sikap nakal pemimpin Malaya, Malaysia menghadapi
banyak masalah. Akibat sikap nakal pemimpin Malaya, pemimpin Barisan Nasional
juga menjadi nakal.
Rakyat Sabah dan Sarawak
berhak mengekalkan nilai-nilai profesional ini, sebab itulah sifat nenek moyang
kita yang kita warisi sebagai identiti Orang Asal Borneo. Sikap nakal para
pemimpin Barisan Nasional tidak perlu kita pelajari.
Kegagalan rakan senegara
Malaya menghormati Perjanjian Malaysia, pencabulan terhadap perkara 20 Sabah
dan perkara 18 Sarawak adalah punca kepada BERSIH 3.0. Persamaan yang sangat
ketara antara masyarakat Sabah dan Sarawak adalah pintu kepada penyatuan rakyat
Borneo, tanpa mengabaikan persyarikatan Malaysia.
Rakyat Sabah dan Sarawak
mempunyai hak untuk selamatkan Malaysia melalui penyatuan masyarakat Borneo.
Kita telah memulakan melalui parti STAR. Usaha untuk selamatkan Malaysia juga
adalah melalui STAR. Pilihanraya Umum ke 13 ini, adalah ujian sejauh mana
rakyat Borneo di Sabah dan Sarawak bersatu memperjuangkan hak-haknya dalam
Malaysia. Malaysia adalah negara kita. Sabah dan Sarawak adalah tanah air kita.
Kita dilahirkan di sini dan
dibesarkan di sini. Tanah air Sabah dan Sarawak adalah milik generasi bangsa
kita. Kita perlu sediakan tanah air ini sebaik-baiknya untuk generasi bangsa
kita. Kita tidak perlu Malaya urus tanah air kita dan bangsa kita. Malaya
hanyalah rakan kongsi dalam Malaysia. Tanpa Malaya, kita tetap Malaysia. Kita
bersatu untuk tanah air kita dan maruah bangsa kita. Sebab kalau bukan kita,
siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Bukankah isu scorpene itu sudah dijelaskan?
ReplyDeleteSTAR belum ada sumbangan signifikan pun. Macam mana STAR boleh dikatakan penyelamat?
ReplyDeleteSeriously, I don't think STAR is making something of a blue.
Deletekalau betul penyelamat, bagaimana pula dengan STAR di Sarawak dulu?
DeleteLet see how far STAR can go.
DeleteI don't think STAR will be a good party to begin with.
ReplyDeleteIn my opinion, opposition is unlikely to get a ticket for the next pit stop.
DeleteKita tengoklah dulu bagaimana prestasi STAR dalam PRU nanti.
DeleteStar saja rasakan mereka penyelamat, ketua mereka c Jefferey yang paling suka lompat parti.
ReplyDeleteI didn't pay much attention to him.
DeleteBagi saya STAR hanya lah satu batu loncatan bagi sesetengah pihak.
ReplyDeletekemunculan banyak parti baru termasuk STAR hanya memberi kelebihan pada parti BN.
DeleteSTAR harus kerjasama dengan parti lain untuk menyakinkan lagi rakyat.
ReplyDeleteStar tidak akan bekerjsama dengan parti lain untuk menang. Dia mahu sapu semua 60 kerusi.
DeleteSTAR semakin ke depan. Rasa-rasa satu lagi saingan hebat antara BN & parti pembangkang.
ReplyDeleteSTAR belum pasti lagi menjadi penyelemat untuk Sabah. Kerana STAR sendiri pun masih belum stabil untuk masalah yang dihadapi.
ReplyDeleteSaya macam tidak rasa Star penyelamat Sabah. Kalau PRU13 boleh menang baru la boleh angkat bakul sendiri (minta puji la ba)
Deletejika STAR benar2 mahu menyelamatkan Sabah, bolehkah Jeffrey bergabung saja dengan SAPP? atau semua pembangkang2 di Sabah?? bolehkah beliau lupakan hasrat beliau untuk menjadi KM Sabah yang seterusnya??
ReplyDeletebagi saya, keengganan Jeffrey untuk bergabung dengan parti pembangkang yang lain dan tindakan Jeffrey membawa masuk parti Sarawak ke Sabah, juga didorong oleh sikap tamak beliau.. yang mana sikap tamak ini juga akan mendorong beliau untuk terlibat dengan rasuah sekiranya memerintah negeri ini kelak..
ReplyDeleteI doubt STAR can matched with what the present government has provided for the people of Sabah. Barisan Nasional (BN) Government will never break its promises: Barisan would also never disregard the people's requests.
ReplyDeleteWith 50 years of experience running the country, only the BN Government is capable of developing the country and its people.
ReplyDeleteThe development enjoyed by the people such as electricity, water, roads, schools and institutes of higher learning such as Universiti Malaysia Sabah (UMS), were made possible because of the Barisan Nasional.
ReplyDeleteThis is because of the leaders who place the people foremost in their minds when planning for the country.
ReplyDeleteTo this, the people to continue supporting the government especially Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Sabah Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteBN has already proven itself and this is evidenced with its vision and mission aimed at enhancing the people's lives irrespective of their race, religion and locality.
ReplyDeleteThe BN Government is indeed a government that fulfils its promises.
ReplyDeleteWhen Najib was appointed the sixth Prime Minister, he planned various strategies so as to help people with low income.
ReplyDeleteThe Federal Budget 2012 is one example where it is geared towards improving the people's lives. In education, aid is provided to the pupils including secondary students and also students at institutes of higher learning.
ReplyDeleteThere is also a special fund to repair schools, purchasing of equipment and construction of additional blocks.
ReplyDeleteIn addition, the government also conducts various programmes to spur the people's economy from time to time.
ReplyDeleteTo top it up, the government also distributes aid directly to the people via its transformation programmes such as the First House Scheme, 1Malaysia Housing Scheme, Fishermen Housing Scheme and People's Friendly Housing Scheme.
ReplyDelete