KUALA LUMPUR : Sebanyak 177
projek perumahan yang dibangunkan oleh pemaju swasta terbengkalai sehingga 31
Mei lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Selasa.
Timbalan Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata daripada jumlah itu, 103
projek siap diduduki, 58 projek dalam proses pemulihan manakala bakinya masih
di peringkat perancangan pemulihan.
"Kerajaan memandang
serius permasalahan yang dihadapi pembeli projek perumahan terbengkalai dan
komited dalam menyelesaikan projek-projek perumahan swasta terbengkalai.
"Kementerian telah
melaksanakan pelbagai usaha dan tindakan bagi menangani isu projek perumahan
terbengkalai," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau)
yang ingin tahu bilangan projek perumahan swasta terbengkalai dan langkah
kerajaan memulihkan projek itu.
Lajim berkata antara
tindakan dan usaha kementerian bagi mengatasi masalah tersebut ialah mengenal
pasti pemaju berkeupayaan dan berpengalaman untuk mengambil alih projek itu,
melaksana pemulihan projek itu terutamanya kategori kos rendah dan sederhana. (Bernama)
Berikan projek kepada pemaju yang berkebolehan untuk elak pembaziran masa dan wang.
ReplyDeleteInilah yang berlaku bila projek jatuh di tangan pemaju yang tidak bertanggungjawab. duit dah habis, kerja pula tak siap.
ReplyDeletepemaju yang tidak dpt laksanakan tanggungjwabnya dgn baik harus dikenakan tindakan.
Deleteblacklist sajalah kan..baru dorang sedar.
DeleteHopefully these 117 private housing development projects that was abandoned will be continued as planned. It is unfair to the house buyers.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
The developers should be approached for explanation regarding the delay or abandonment of the projects. They have the responsibility to carry through the projects as agreed with the house buyers.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
semua projek terbangkalai haruslah disiapkan segera.
ReplyDeletePerkara sebeginilah yang kita tidak mahu berlaku.
ReplyDeleteSemua tu hanya merugikan dan menjejas imej.
DeleteInilah yang merugikan pembangunan di Negara kita jika banyak projek yang terbengkalai.
ReplyDeleteProjek yang sakit perlu dirawat
ReplyDeletekalau susah sangat dengan pemaju tempatan, lantik saja pemaju dari luar negara..
ReplyDelete