KOTA KINABALU : Seramai 300
individu di Sabah dikenakan tindakan kerana memiliki set cakera parabola secara
haram sepanjang tempoh akhir Disember lepas dan pertengahan Jun ini.
Timbalan Pengarah Jabatan
Kastam Diraja Malaysia cawangan Sabah, Hamzah Sundang berkata pihaknya turut
merampas set cakera parabola yang dianggar bernilai RM800,000 sepanjang tempoh
itu.
Beliau berkata cakera
parabola itu dirampas kerana pemiliknya tidak mempunyai permit import yang
dikeluarkan Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim)
Berhad.
"Cakera parabola adalah
barangan larangan mengikut Jadual Kedua, Butiran 23 dan 24, Perintah Kastam
(Larangan Mengenai Import) 2008 dan memerlukan permit import daripada Sirim
Berhad," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Kempen Derma
Darah anjuran bersama JKDM dan Sabah Port Sdn Bhd di Sepanggar, dekat sini
Rabu.
Hamzah berkata memiliki
antena parabola tanpa lesen merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 135 Akta
Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang dari 10 kali ganda
nilai duti kastam atau penjara tidak lebih tiga tahun bagi sabitan kesalahan
memiliki barangan larangan. (Bernama)
Mereka yang tinggal dekat2 dengan bandar pun berani menggunakan parabola.
ReplyDeletejika gunakan parabola dikawasan pedalaman dibenarkan ke?
DeleteParabola yang di sekolah2 tu macam mana?ada permit juga ka tu?
ReplyDeletelebih baik jika penggunaan parabola dibenarkan.
ReplyDeleteAstro tidak dapat siaran di bahagian2 pendalaman Sabah.
DeleteDatuk Yee Moh Chai has tried to fight for the Parabolic Satelite Dish to be legalized previously, hope that the government will approve it.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
The people deserves to have access to more information and a wealth of information can be obtained through parabola. Hope that the parabolic dish is legalized in Sabah and Sarawak.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Parabola harus diluluskan untuk rakyat di bahagian pendalaman
ReplyDeleteIni mungkin ada sebab juga kepada parabola menjadi pilihan. Jika dikawasan pendalaman rasanya Astro tidak mempunya siasaran yang baik. Jadi jika ingin merampas parabola suruh dulu perkhidmatan televesion disediakan dengan baik.
ReplyDeleteDenda saja mereka yang menggunakan parabola haram. Tapi persoalan yang timbul bolehkah mereka ini memohon untuk memasang parabola dengan cara yang betul??
ReplyDeletesepatutnya penggunaan Parabola dibenarkan di negeri ini.. sebabnya ialah perkhidmatan penyiaran Astro terlalu lembab, tidak berkualiti dan membebankan rakyat.. bayar tiap bulan tapi jarang sekali dapat tengok siaran secara full.. mesti ada gangguan..
ReplyDeletesebelum mengenakan denda kepada rakyat yang menggunakan parabola ini, baik denda dulu pihak Astro kerana menipu rakyat dengan menyediakan perkhidmatan yang tidak sepadan dengan bayaran bulanan..
ReplyDelete